Tular video memaparkan sebuah sekolah menengah di Indonesia mengadakan ujian praktikal perkahwinan menyerupai majlis resepsi sebenar.
Lapor Tribunnews, segala persiapan dari pelamin hingga ke dekorasi dilakukan untuk kelihatan seperti majlis perkahwinan sebenar. Video ujian perkahwinan itu pada mulanya dikongsi akaun pengguna TikTok, rmtii. Dalam video tersebut, pelajar kelihatan mengenakan solekan dan busana pengantin yang sedondon.
Video itu juga memaparkan aksi dua pelajar yang berlakon sebagai pasangan pengantin. Dilaporkan, ujian perkahwinan seperti majlis sebenar itu diadakan di sekolah menengah negeri 4, Tuban di Jawa Timur. Sementara itu, seorang pelajar bernama Ika Rachmawati berkata, praktikal perkahwinan itu merupakan satu daripada ujian dalam subjek bahasa Jawa. Katanya, ujian itu bertujuan memberi pendedahan mengenai proses perkahwinan adat Jawa kepada para pelajar. “Kita diminta praktik perkahwinan itu agar mengetahui adat perkahwinan penduduk Jawa.” “Dari ketibaan pengantin sehingga selesai semua proses perkahwinan itu,” katanya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT