CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Sami Anjur Pengebumian Diri Sendiri Supaya Pengikut Ingat Mati

4-3-2022 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1042| Komen: 3

Ketua sami Buddha menjadi tajuk utama berita di Thailand apabila dia menjemput penduduk di wilayah utara Phittanulok ke acara pengebumiannya sendiri, lapor laman berita Thaiger semalam.


Ketua sami di sebuah kuil tempatan itu masih hidup dan sihat tetapi mahu memberikan mesej kepada pengikutnya bahawa kematian adalah normal dan hanya sebahagian daripada kehidupan dengan mengadakan pengebumian tersebut. 


Kredit foto: Thaiger

Pengebumian di Kuil Pothiyan mengikut amalan tradisional Buddha Thailand. Sebuah keranda dengan mayat palsu yang diperbuat daripada pokok pisang turut dibakar di tempat pembakaran mayat di kuil itu.


Seramai 55 sami melaungkan doa ketika keranda itu dihantar ke tempat pembakaran mayat. Penduduk tempatan yang hadir pula perlu berpakaian hitam. 

Sebuah tanda diukir nama sami itu, Sunthorn Rojanakhun dengan tarikh lahirnya pada 23 Oktober 1968 dan ‘tarikh kematian’ pada 23 Oktober 2048. Dia menjangkakan akan meninggal dunia ketika berusia 80 tahun.


Kredit foto: Thaiger

Pengebumian itu bertujuan untuk menormalkan pemikiran terhadap kematian. Tambahnya, tiada keperluan lagi untuk mengadakan acara pengebumian setelah dia meninggal dunia kerana sudah dilakukan ketika dia masih hidup.

Mereka yang menghadiri majlis pengebumian itu juga masing-masing mendapat lima kilogram beras sebagai hadiah. Beberapa penduduk memberitahu media bahawa mereka bercadang untuk membeli tiket loteri dengan nombor yang sepadan dengan usia ketua sami itu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 4-3-2022 08:06 AM
Kelas pengurusan jenazah kah ni?
Quote VirusDetected 4-3-2022 12:01 PM
untung la, bley pilih tarikh mati
Quote kakikuDibibirmu 4-3-2022 12:05 PM
Jangan ada penyakit Wuhan iaitu cinta dunia dan takut mati

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.061254 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top