CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat RM12 Ribu Sebulan, Inspektor Polis Kantoi Lindung Dan Miliki Premis Lombong Bitcoin

3-3-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4628| Komen: 40

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang disyaki terbabit dengan aktiviti perlombongan bitcoin awal pagi tadi.


Pegawai berusia 34 tahun bertugas di Perak itu ditahan hasil soal siasat dilakukan ke atas salah seorang taikun yang mengawal 500 premis perlombongan bitcoin di seluruh negara.

Menurut sumber, beliau ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki melindungi pusat-pusat perlombongan bitcoin dengan bayaran RM12,000 sebulan di Perak.

Foto: Harian Metro

"Difahamkan pegawai terbabit juga disyaki memiliki sebuah pusat perlombongan bitcoin yang mencuri elektrik.


"Pegawai terbabit dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah 1, Ipoh, Perak bagi permohonan reman selama lima hari bermula hari ini hingga 7 Mac nanti mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah," katanya.

Menurutnya, pada masa sama, hasil soal siasat dilakukan juga mendedahkan bahawa wujud kegiatan pemilikan pusat-pusat perlombongan bitcoin dalam kalangan pegawai tinggi agensi penguatkuasa, namun ia dijalankan oleh ahli sindiket bagi pihak pegawai terbabit.

"Siasatan masih berjalan dan beberapa pihak yang terbabit sedang dikenal pasti. SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa akan ada lagi tangkapan berhubung perkara itu.

"Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 17 akta sama," katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam sidang medianya semalam mendedahkan menahan 18 individu yang dipercayai ahli sindiket perlombongan bitcoin.

Mereka memberi wang suapan sehingga RM300,000 sejak 2018 kepada kakitangan TNB bagi melombong bitcoin dengan melakukan penyambungan bekalan elektrik secara haram.

Kegiatan itu menyebabkan kerugian RM2.3 bilion sejak 2018. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 3-3-2022 05:58 PM
Banyaknya wang masuk
Quote Thunderclouds 3-3-2022 06:37 PM
Same old..same old
Quote Firenzza 3-3-2022 07:33 PM
Kejap pulis tgkp sprm  sekejap lg  sprm tgkp pulis
Quote Perawankota 3-3-2022 07:54 PM
Lombong bitcoin ni mcmana
Quote kepompong 3-3-2022 07:55 PM
1 kesalahan ke memiliki bitcoin? sorry tak faham
Quote kepompong 3-3-2022 07:56 PM
kenapa nak curi2 letrik? pakai la solar
Quote cmf_premierleag 3-3-2022 07:58 PM
Gitu la polis dan rasuah berpisah tiada
Quote Belibis 3-3-2022 08:34 PM
Firenzza replied at 3-3-2022 07:33 PM
Kejap pulis tgkp sprm  sekejap lg  sprm tgkp pulis

Kejap dua2 bebas..
Quote hyie 3-3-2022 10:44 PM
tak sempat ES nak kantoikan dia dah kantoi dulu...namun meols takleh nak husnuzon yach kerna di akhir cerita pasti akan senyap begitu sajork. Kowser sangat.
Quote sharlenetexas 18-3-2022 01:17 AM
Dah kena buang ke?

Quote eyansss 18-3-2022 10:32 PM
kepompong replied at 3-3-2022 07:55 PM
1 kesalahan ke memiliki bitcoin? sorry tak faham

memiliki tak salah...  yang salah bila melombong secara haram...
Quote lurve82 19-3-2022 07:46 AM
mcm mana cara melombong bitcoin ni?
Quote ultra78 23-3-2022 06:57 AM
lurve82 replied at 19-3-2022 07:46 AM
mcm mana cara melombong bitcoin ni?

Beli alat dia. Tapi alat dia kuat makan elektrik. Nak melombong tak salah. Yang salah adalah curi elektrik disebabkan nak balik modal cepat dan untung lebih.
Quote balakkampung 23-3-2022 07:50 AM
ultra78 replied at 23-3-2022 06:57 AM
Beli alat dia. Tapi alat dia kuat makan elektrik. Nak melombong tak salah. Yang salah adalah curi  ...

ooo..kiranya kalau buat kat rumah sendiri ok la kan..ke camner?
Quote ninja9 23-3-2022 08:15 AM
balakkampung replied at 23-3-2022 07:50 AM
ooo..kiranya kalau buat kat rumah sendiri ok la kan..ke camner?

boleh tapi tak berbaloilah... rugi kerana lebih mahal bayar letrik dari dapat bitcoinnya. Bayangkan pula kena bersaing dengan pelombong2 dari seluruh dunia. Modal mereka ni berjuta-juta untuk setup beratus2 komputer.


Tengok gambar dibawah.. kos untuk elektrik sahaja boleh mencapai 1 juta us






Quote ninja9 23-3-2022 08:21 AM
Lombong-lombong Bitcoin disekitar dunia



Iceland





Quote lurve82 23-3-2022 08:26 AM
ooo gitu...baru tahu
Quote rikiruj 23-3-2022 08:38 AM
Lombong tak salah… curi letrik tu yg salah. Lombong pastu bayar letrik ok. Sama macam towkey musang king la.. pakai tanah pree.. kalau tana, tanah sendiri takde hal..
Quote Kitty_catz 23-3-2022 01:08 PM
kenapa curi letrik? sbb kalo miners ni kena bayo bill letrik cecah ratus ribu bulan2, takde la utong mining bitcoin nehh

dats y if nak buat dheut, kena curi letrik

sebab deme2 ni la rega graphics card naik gila babisss

mmg species penyamun tarbus and very selfish, sbbkan miners haram ni banyak kekedai tiba2 terbako je, sbb overloading yach.. terbaru ada satu kedai sederet kedai meols, satu pagi tu tnb dtg sama polis dgn warrant, pecahkan pintu sbb curi letrik ,cable dia tarik tu besau gilerrrrr, sebesau betis meols yg halus putih mulus yini


mamat tnb kata bill dia rm10 je sebulan tp usage ratus2 ribu mcm kilang punya usage, to make it worse, boleh sebabkan overloading maka boleh terbakar sederet kedai, hangin je meols dengo sbb if terbako berapa kedai nak hadap, deme ni hilang entah ke mana

species gini seeloknya mampos saja , kambus belakang rumah mcm stock tak laku mamasab

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.047825 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top