Petaling Jaya – Sejak pagi tadi, tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang wanita mengamuk setelah anaknya dikatakan telah mencuri di sebuah kedai serbaneka bersama beberapa orang rakannya sebelum ini.
Gara-gara tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut, wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak terbabit terus berjumpa pekerja di kedai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Kemudian, dia menegaskan bahawa anaknya lelakinya itu tidak akan sesekali bersikap panjang tangan. “Anak aku balik sambil menangis beri tahu pada aku yang pekerja di kedai ni tuduh di mencuri.
“Aku kenal anak aku, dia tak akan sesekali mencuri,” katanya. Lebih mengeruhkan keadaan, apabila kanak-kanak tersebut yang sedang menangis disamping ibunya itu turut membuat kecoh dengan menolak barang-barang yang tersusun di kaunter sehingga berselerak. Sementara itu, insiden terbabit telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya merasakan tindakan wanita itu sangat berlebihan kerana langsung tidak mahu mendengar penjelasan daripada pekerja di sana. “Wanita ini pun patutnya tenang la dulu, jangan terus serang bila anak mengadu, dengar penjelasan pihak kedua, sayang betul dengan anak, tak boleh kena usik sikit,” ujar seorang pengguna. “Mak budak itu pun tak boleh bawa bincang, anak betul ka, salah ka, ada ja adab untuk cakap dengan sopan, bukan mengamuk sampai pecah suara tekak,” komen pengguna lain. Terbaharu, wanita itu tampil memuat naik status mengatakan tekaanya terhadap anaknya itu yang tidak akan melakukan perkara terkutuk tersebut adalah benar. “Syukur semuanya dah selesai, anak saya tak mencuri dan pekerja kedai tersebut beri tahu tidak ada barang yang hilang,” kongsinya di media sosial. Loading FB Post... Difahamkan juga, dia telah hadir semula ke kedai tersebut untuk meminta maaf dan tidak mahu perkara yang berlaku terus dipanjangkan. “Saya pun tak mahu perkara ini dipanjangkan, dan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dihantar kepada pihak polis biarlah tidak dimuat naik ke media sosial. “Saya jadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk saya akan datang,” katanya menerusi rakaman siaran langsung di Facebooknya. – CARI Sumber: Kosmo
|
abangbikerz replied at 3-3-2022 04:58 PM
anak kau tu bakal penjenayah
namieamuro replied at 3-3-2022 05:05 PM
dh dtg mintak maaf dh dgn juraian air mata. benda bole settle elok2 tayah terpekik2 tak payah anak t ...
namieamuro replied at 3-3-2022 03:05 PM
dh dtg mintak maaf dh dgn juraian air mata. benda bole settle elok2 tayah terpekik2 tak payah anak t ...
aotearoa replied at 3-3-2022 09:22 AM
Nak confront staff jangan bawak anak sekali. Dengarla dulu apa kata bdk kedai. Ni masuk jerit2, ba ...
ADVERTISEMENT