Dalam rumahtangga, anak merupakan insan yang melengkapi kehidupan pasangan suami isteri. Begitulah juga dengan pasangan ini yang gembira dengan kehadiran cahaya mata sulung, Alina Dalia yang dilahirkan pada 9 November 2019 sekali gus menyerikan kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga.
Bagaimanapun, ibunya, Nurul Nadiah Ali, 28, berkata Alina Dalia meninggal dunia pada 15 April 2021 akibat lemas setelah terjatuh dalam sebuah tong berisi air ketika sedang dimandikan oleh bapanya, Saiful Amirullah, 28 dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Buloh, Selangor.
Ketika dihubungi mStar, wanita yang senang disapa Nadya itu menceritakan secara terperinci bagaimana 'tragedi' itu berlaku yang disifatkan sebagai hari paling sedih dan sejarah hitam dalam hidupnya. “Kami berdua kerja jadi Alina duduk dekat rumah pengasuh sampai petang. Setiap pagi saya akan hantar, suami akan ambil dekat rumah pengasuh sebelah petang. “Saya balik kerja lambat jadi suami siapkan Alina dengan mandikan dia sebab masa tu saya mengandung jadi memang suami banyak uruskan hal anak. Setiap kali balik kerja memang dia dah siapkan anak makan dan mandi semua. Sampai anak pun dah terlebih manja dengan dia berbanding saya," katanya. Menurut Nadya, sudah menjadi kebiasaan Alina akan berkepit dengan bapanya yang dipanggil babah setiap hari selepas pulang dari kerja. "Ke mana babah pergi mesti dia ikut. Dia takkan tinggal seorang. Tapi hari tu suami ingatkan dia ikut keluar sekali dari bilik air masa dia nak buang diapers. Tapi pelik dia tak ikut. "Rupanya dia masuk je tengok Alina dah tertonggeng dalam tong air yang merupakan tong sampah kami berukuran paras lutut ini. Tak sampai lima minit pun kejadian tu, terlalu pantas,” jelas Nadya yang ketika itu hanya menunggu masa melahirkan anak kedua. Jelasnya, semasa mendapat tahu mengenai kejadian menimpa Alina, dia sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tambah Nadya yang dahulunya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Sungai Buloh, Alina yang pada masa itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa ke klinik dan kemudian digegaskan ke hospital. Bagaimanapun menurut Nadya, si comel itu tidak dapat diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia oleh doktor. “Saya dalam perjalanan balik kerja masa dapat tahu anak jatuh tu. Masa saya sampai tu anak dekat klinik dah tengah tunggu ambulans. Alina dah tak sedarkan diri. Masa di hospital lebih setengah jam doktor cuba selamatkan dia tapi dah tak ada harapan. Alina memang dah tak boleh diselamatkan. “Saya sangat sedih bila dapat tahu berita tu daripada doktor. Alina puteri sulung saya. Anak pertama yang saya curahkan kasih sayang seorang ibu. Setahun empat bulan saja Allah pinjamkan dia untuk saya,” ujarnya sambil menambah dia selamat melahirkan anak kedua selepas dua minggu pemergian Alina. Menurut wanita yang sudah mendirikan rumah tangga lebih empat tahun itu, dia dan suami mengalami trauma selepas kejadian itu namun kini reda dengan takdir dan ketentuan Ilahi. Malah katanya, dia tidak menunding jari terhadap suaminya tetapi berterima kasih atas jasa baiknya yang banyak memudahkan urusan mereka sekeluarga selama ini.
|
hashashes replied at 3-3-2022 07:24 PM
Tukar nyawa orang2 tua cakap
she replied at 3-3-2022 08:13 PM
Macam kes astronaut kita tu sebelum nak cecah bumi
Adik dia tersadung depan kedai makan dan mening ...
naina replied at 3-3-2022 09:09 PM
Macam kes terjerut buaian minggu lepas umur 13 bulan. Perempuan. Tapi tu kat rumah pengasuh.
naina: Macam kes terjerut buaian minggu lepas umur 13 bulan. Perempuan. Tapi tu kat rumah pengasuh.
faraway1 replied at 3-3-2022 03:03 PM
Takutnya baca....
gigahertz replied at 4-3-2022 02:42 AM
kalau u tengok drama istana firdaus lakonan fasha sandha seramm
dalam cerita tu baby tersedak susu. ...
she replied at 3-3-2022 08:13 PM
Macam kes astronaut kita tu sebelum nak cecah bumi
Adik dia tersadung depan kedai makan dan mening ...
ADVERTISEMENT