CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangmo Ambil Insurans Kemalangan 10 Bulan Lepas Bernilai RM130,000, Namakan Anak Pengurus Sebagai Waris

3-3-2022 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4230| Komen: 20

Kes kematian aktres Tangmo Nida nampaknya masih menjadi misteri dan hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Pelbagai persoalan berlegar-legar dalam fikiran tentang apa sebenarnya yang berlaku antara mereka sehingga menyebabkan kemalangan maut aktres terkenal itu.


Tak kurang juga teori dan spekulasi mula muncul yang mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh pihak tertentu.

Terbaharu, aktres Anna TV Pool mendedahkan Tangmo Nida baru sahaja mengambil insurans perlindungan kematiannya 10 bulan lalu.


Foto: Tnews

Dakwa Anna, Tangmo menamakan anak angkatnya, Easter sebagai penerima faedah.

Easter merupakan anak kepada pengurusnya Kratik yang tinggal di rumah Tangmo.

Perlindungan insurans kemalangan itu bernilai 1 juta Bath iaitu kira-kira RM130,000.

Dalam perkembangan lain, kesemua lima individu dalam bot lagu bersama pelakon Tangmo Nida mungkin berdepan dakwaan kecuaian yang membawa kematian dan kenyataan palsu kepada polis.

Lima rakannya iaitu Idsarin "Gatick" Juthasuksawat, pengurus Tangmo; Wisapat “Sand” Manomairat; Nitas "Job" Kiratisoothisathorn; Tanupat "Por" Lerttaweewit, pemilik bot; dan Phaiboon "Robert" Trikanjananun.

Dua daripadanya iaitu Tanupat dan Phaiboon telah pun didakwa kerana mengendalikan kapal tanpa lesen dan kecuaian yang membawa kepada kematian.

Bukti baharu muncul apabila Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi (TCSD) mengesan telefon Tanupat dan mendapati dia telah mengaku kepada salah seorang daripada beberapa orang yang dirujuk melalui telefon bahawa Phaiboon memandu bot itu ketika Nida terjatuh.

Disebabkan kekurangan pengalaman dalam menggerakkan bot, Phaiboon dilaporkan hilang kawalan dan mendorong Nida yang berada di belakang bot memegang Wisapat kerana bimbang terjatuh.

Takut diseret ke dalam sungai, Wisapat mendakwa dia mengalihkan kaki sehingga menyebabkan Nida terjatuh ke sungai dan mengakibatkan paha kanan aktres itu terkena kipas bot, kata sumber.

Polis akan memanggil kelima-limanya untuk pertuduhan kecuaian yang membawa kepada kematian dan memberikan kenyataan palsu kepada penyiasat, kata sumber itu.

Satu lagi sumber yang merupakan anggota pasukan Polis Wilayah 1, berkata Nitas telah memberikan kenyataan bercanggah tentang cara bot itu dikendalikan pada malam kejadian berlaku.

Dia satu-satunya saksi yang memberitahu penyiasat bahawa bot itu tersentak secara tiba-tiba, menyebabkan Nida terjatuh ke dalam sungai, kata sumber.

Phaiboon gagal menghadiri lakonan semula polis mengenai kejadian malam Khamis, menggunakan bot laju model yang sama. Dia mendakwa mengalami tekanan darah tinggi, kata sumber itu.

Mayat Tangmo, 37, ditemui pada Sabtu selepas tiga hari dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya. - CARI

Sumber: mStar/ Bangkok Post

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 3-3-2022 05:14 PM
Berbelit nak sebut nama2 org thai. Yg aku tau kap khum kap
Quote diknaz 3-3-2022 05:37 PM
ngeri betul gmbar mayat dia
Quote Artemesiaa 3-3-2022 05:55 PM
Jelas dah motif sebab duit rupanya
Quote Thunderclouds 3-3-2022 06:33 PM
Ngeri tgk mayat dia. Kesian betoi kalo mmg sgguh kna pedajal ngn kwn sendri.
Quote sambaldurian 3-3-2022 08:16 PM
Jarang aku dgr letak nama pewaris anak kwn. Baik sgt ni. Selalu kita letak ahli keluarga sendiri.
Quote sambaldurian 3-3-2022 08:19 PM
diknaz replied at 3-3-2022 05:37 PM
ngeri betul gmbar mayat dia

Dia kenapa, xnmpak mcm mangsa lemas ke? Tgk kt mana tu. Ada link x.
Quote dua_chzy 3-3-2022 08:20 PM
sambaldurian replied at 3-3-2022 12:16 PM
Jarang aku dgr letak nama pewaris anak kwn. Baik sgt ni. Selalu kita letak ahli keluarga sendiri.

Sebab dia anggap macam anak sendiri.

Dah jatuh sayang sangat 2 kot. Ahli keluarga lain boleh carik duit sendiri katanya.
Quote awanearisu 3-3-2022 08:20 PM
Begitu kisah sebenarnya. Mujur pihak polis bijak menggunakan teknologi forensik digital untuk mencari bukti.

Waris insurans sahaja. Kita ingatkan anak pengurus itu bakal mewarisi semua harta mendiang.
Quote menjad 3-3-2022 08:37 PM
Tak berbaloi 130k smpai hilang nyawa kawan
Quote sambaldurian 3-3-2022 08:49 PM
dua_chzy replied at 3-3-2022 08:20 PM
Sebab dia anggap macam anak sendiri.

Dah jatuh sayang sangat 2 kot. Ahli keluarga lain boleh cari ...

Mmg la agak 'bujang terlajak' , tp ntah la dari dia bg org luar (anak manager), baik dia bg anak sedara ke ( kata ada brother). Klu in term ahli keluarga boleh cari duit sendiri, manager tu pun boleh cari duit sendiri. Xpe la dh fikiran mendiang. Mungkin manager ni dulu2 selalu tolong dia ke, skg je jd mata kelabu/ tamak ( klu betul teori kwn dia yg aniaya).
Quote sharlenetexas 3-3-2022 09:02 PM
Mcm sikit je 130k. Lainlah jota2.

Quote 234126 3-3-2022 09:44 PM
Apa pelik sangat bff dia dia kratik tu. Bila interview pun jawapan semua mencurigakan je.
Quote rosmahisham 4-3-2022 12:38 AM
X berbaloi klu dpt setakat 130k je..mmg npk saiko Kratik tu.
Quote AcikBuncit 4-3-2022 05:34 AM
Rsenya dia ni ngn PA dia hbgn lbh dr kwn.. Mgkin dorang kapel. Lesbo. Tu yg rapat smcam.. Anak pn angap ank sndiri. Smp wriskn insurans. Acik xpelik kalo depa ni brcinta sbb rmai membe thai acik yg jenis lesbo gitu ambik anak angkat [em:4:]
Quote sukacactus 4-3-2022 05:40 AM
sambaldurian replied at 3-3-2022 08:16 PM
Jarang aku dgr letak nama pewaris anak kwn. Baik sgt ni. Selalu kita letak ahli keluarga sendiri.

Kat ig dia banyak pic budak tu sampai aku ingat mendiang ni janda ank 1
Rupanya ank manager dia aje
Quote Shazid 4-3-2022 07:21 AM
popular ke mendiang kt Malaysia? kt medsoc bersepah cite pasal die ni
Quote darkness 4-3-2022 07:28 AM
sambaldurian replied at 3-3-2022 08:19 PM
Dia kenapa, xnmpak mcm mangsa lemas ke? Tgk kt mana tu. Ada link x.

Search je dekat telegram. Banyak grup sana exposed gambar
Quote kaoru44 4-3-2022 07:35 AM
Baru je tengok...ngeri..
Quote diknaz 4-3-2022 09:21 AM
sambaldurian replied at 3-3-2022 08:19 PM
Dia kenapa, xnmpak mcm mangsa lemas ke? Tgk kt mana tu. Ada link x.

taip je kat fb tangmo nida. keluarla gambarnya

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.045296 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top