CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq Harap MUDA Dapat Lebih Banyak Kelonggaran SOP PRN Johor

3-3-2022 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 623| Komen: 1

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengharapkan lebih banyak lagi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, akan diberikan dalam tempoh terdekat.


Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata lanjutan had masa ceramah, syarahan dan kempen hingga pukul 12 tengah malam, adalah perkembangan baik.

“Itulah adalah perkembangan baik. Saya berharap akan ada kelongaran lagi dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah MUDA di Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Simpang Renggam di sini, malam tadi.


Kredit foto: Malay Mail

Turut hadir pada ceramah itu adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan calon MUDA DUN Machap R. Sangaran.

Syed Saddiq juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan beberapa kelonggaran SOP.

Terdahulu, SPR memaklumkan ceramah, syarahan dan kempen PRN Johor, kini boleh diadakan hingga pukul 12 tengah malam serta pindaan SOP itu berkuat kuasa serta-merta.

Ditanya mengenai peluang MUDA di DUN Machap, Syed Saddiq menyifatkan parti dan calon baharu itu sebagai ‘underdog’, namun yakin dapat meraih undi dengan kerja keras di kawasan ‘kerusi panas’ berkenaan.

“Kita tiada kewangan, jentera yang mewah tetapi mempunyai budaya khidmat yang baik, rekod khidmat yang baik. Itu adalah perkara yang mustahak sekali,” katanya.

Sangaran akan berdepan dengan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang juga Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Sharuddin Md Salleh, bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan kerajaan negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Johor Azlisham Azahar mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DUN itu menyaksikan penyandangnya Abd Taib Abu Bakar dari UMNO hanya menang dengan majoriti 404 undi, dalam pertangingan tiga penjuru dengan Ahmad Ahem (PH-Bersatu) dan Azlisham (Pas).


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 4-3-2022 08:53 AM
nanti aku buka parti TUA, nanti buka lagi parti JANDA, lepas tu DUDA

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.080669 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top