Lima pemain bola sepak warga Sudan dilaporkan maut selepas sebuah bot dinaiki mereka terbalik di Sungai Nil, utara negara itu.
Lapor BBC, semua mangsa itu merupakan pemain bola sepak dari pasukan al-Malaha. Pasukan itu berasal dari pekan Shendi, kira-kira 150 kilometer (km) utara Khartoum. Menurut laporan media, ketika kejadian, pemain berkenaan dalam perjalanan menuju ke tebing barat sungai untuk perlawanan bola sepak menentang pasukan El-Jiref di bandar Al-Matammah. Dilaporkan, pasukan penyelamat masih sedang mencari mayat mangsa.
Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT