CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Positif Covid-19 Sehari Sebelum Majlis, Suami Terpaksa Sanding Sendiri Atas Pelamin

3-3-2022 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1424| Komen: 8

Kuala Lumpur: "Perasaan sangat sebak apabila terpaksa berjalan dan duduk di atas pelamin sendirian ketika majlis resepsi tanpa diiringi isteri walhal ia adalah hari penting buat kami berdua," kata Meor Izz Rasydan Darsani.


Kisah Meor Izz Rasydan, 27, dan pasangannya, Fazliana Sjafni, 28, mendapat perhatian warganet di media sosial selepas tular dia bersanding dengan bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin bagi menggantikan isterinya yang tidak dapat hadir akibat dijangkiti wabak Covid-19.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok @kakleeha itu turut kelihatan pengantin perempuan lengkap dengan busana songket biru sedondon, namun hanya mampu berada di skrin komputer riba disebabkan sedang menjalani kuarantin kendiri.

Berkongsi lanjut, Meor berkata, dia dan pasangan sudah merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah dewan di Jalan Ampang, di sini, hampir setahun lalu.




Katanya, mereka juga tidak pernah melihat atau berada di dewan terbabit walaupun selepas bernikah pada 22 Februari lalu.

"Rasa sebak dan sedih tetapi saya akur, reda atas ketentuan Ilahi jika ini qadak dan qadar Allah yang sudah tertulis," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu, Fazliana ketika dihubungi berkata, dia disahkan positif Covid-19 sehari sebelum majlis resepsi iaitu pada 27 Februari lalu selepas melakukan ujian RT-PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction).

Katanya, kebetulan selepas bernikah dia dan Meor duduk berasingan dan disebabkan itu suaminya tidak bergejala dan keputusan ujian Covid-19 juga negatif.

"Bagi mengatasi situasi tidak terduga ini, saya bersama adik ipar dan keluarga suami cuba sedaya upaya mencari jalan dengan cara mengadakan persandingan secara virtual iaitu melalui panggilan video.

"Kerana itulah, suami terpaksa bersanding bersama komputer riba di pelamin dan saya pula di rumah hanya mampu membuat panggilan video dengan sepersalinan songket yang sepatutnya kami idamkan untuk dipakai bersama pada majlis resepsi," katanya yang masih menjalani kuarantin kendiri yang tamat, hari ini.

Katanya, dia dan suami tidak memilih untuk menunda majlis persandingan itu memandangkan tetamu jemputan sudah tiba di Kuala Lumpur sehari lebih awal.

"Bukan disebabkan kos, tetapi sebaliknya undangan jauh dari Perak, Perlis dan Sabah sudah tiba sehari awal. Alhamdulillah, majlis tetap berjalan dengan lancar walaupun tanpa pengantin perempuan bersanding sama," katanya yang reda dengan ujian yang menimpanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 3-3-2022 08:57 AM
hahaha..bagus kau jangan bersanding sendiri..layan tetamu lagi bagus...mcm org gila sudah kau
Quote copy_paste 3-3-2022 09:09 AM
ala bukan kena tinggal pun,nt dah sembuh bersanding la kat dlm bilik pulak,kasi on jadi
Quote krustykrab 3-3-2022 09:22 AM
Nk tergelak aku baca tajuk..
SEBAK
Sebak kejadah takat tak blh bersanding je
Quote gujiwa 3-3-2022 09:24 AM
adoihai macma banyak je kes gini.. baru2x ni.. nampak wife bersanding sorang..
tapi buat video pun buat org fitnah je..

sekerat2x.. bgtau jela terus terang..
Quote stinger765 3-3-2022 09:40 AM
Siyalllll punya perangai.......

Quote babelina 3-3-2022 09:54 AM
zaman covid kn.. mcm2.. yyg ptg dh selamat nikah.. ok la tu dpt pengantin lelaki layan tetamu..
nanti dh baik.. ambik gmbr blk..
Quote talapia 3-3-2022 10:10 AM
alah.. apadehal.. aku gi kenduri kawin pon tak tengok pengantin dah sekarang ni.. unless yg kawin tu kawan aku or sedara mara. Ok je apa dia teruskan jugak bersanding sendiri.. moment special untuk dikenang. Teruskan je la.. experience memasing berbeza.. ini pengalaman dia.. kena bersanding virtual. Amik yg positif.. teruskan je.. jangan ko suap kek ke screen laptop sudehh
Quote naina 3-3-2022 10:25 AM
Gigihnya..camtu takyahlah sanding. Boleh je tangguh sanding tu. Kenduri jelah jamu orang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.629050 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top