CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

540 Ribu Botol Terjual, Khairulaming Raih RM7.5 Juta Jual Sambal Nyet Berapi

3-3-2022 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 466| Komen: 0

Putrajaya – Siapa sangka selepas setahun, Sambal Nyet Berapi ciptaan Cef selebiti media sosial, Khairulaming sudah mencecah jualan RM7.5 juta dengan 540,000 botol telah terjual.


Lebih membanggakan, produk itu kini dikeluarkan sepenuhnya dari kilangnya sendiri di Kota Bharu, Kelantan iaitu negeri kelahiran pemilik nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman, 30, itu.

Foto: IG

Khairulaming berkongsi berita gembira itu kepada peminat dan pelanggan produknya menerusi aplikasi sosial TikTok.

Menurutnya, kilang yang dibangunkan dengan kos sekitar RM1 juta itu mempunyai keluasan kira-kira 14,000 kaki persegi.



“Saya mengambil keputusan untuk membuka kilang pengeluaran sendiri kerana ingin belajar proses pengeluaran daripada awal sampai akhir.

“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kerana menyokong Sambal Nyet Berapi dari awal ia dilancarkan sehinggalah kini,” katanya.

Khairulaming yang terkenal dengan tagine ‘Hi, what’s up gais’ itu mencetuskan fenomena di negara ini apabila produknya itu berjaya terjual 10,000 botol dalam tempoh tiga minit di Shoppe pada 10 Oktober tahun lalu. –  CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.027135 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top