CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Jalanan Kelaparan, Terpaksa Makan Batu Dan Najis Sendiri

2-3-2022 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2668| Komen: 25

Berlapar sehingga terpaksa makan batu dan najis sendiri.

Begitulah nasib sekumpulan anjing jalanan yang kelaparan dan terdesak untuk terus hidup.


Justeru, ehsan dan belas kasihan terhadap haiwan perlu ada dalam diri setiap manusia.


Foto: FB

Sarifa Redzuan berkongsi posting bagaimana dia cuba menyelamatkan seekor ibu anjing terbiar yang masih memiliki anak-anak kecil sedang kebuluran kerana tiada sebarang sumber makanan.

Menurutnya yang mesra disapa Sarifa, pada awalnya anjing tersebut dijumpai oleh seorang jiran yang melihat haiwan tersebut berlegar di hujung kawasan di kampung mereka.


“Dua hari lepas ada pakcik bagitahu dia nampak ada ibu anjing dengan anak-anaknya dekat kawasan jalan hujung kampung.

“Dia cakap ibu anjing tu sedang kelaparan dan sangat kurus sampai nampak tulang. Mereka haiwan terbiar jadi tak ada yang nak berikan makanan.

“Jadi saya ambil keputusan nak pergi cari ibu anjing dan anak-anaknya sebab takut kena langgar. Banyak kali juga saya cuba cari mereka tapi tak nampak kelibat langsung. Saya risau juga sebab situ kawasan hutan, ada kemungkinan juga dimakan ular atau biawak,” jelasnya.

Setelah seharian mencari tetapi wanita ini gagal menjumpainya. Sarifa bagaimanapun meneruskan misi mencari dan akhirnya menjumpai anjing dan anak-anaknya itu pada keesokan hari.


Foto: FB


Jelasnya yang sudah lama melakukan kerja-kerja membantu haiwan ini, haiwan tersebut ditemui dalam keadaan begitu menyedihkan kerana mereka dikatakan hanya makan batu dan najis sendiri.

“Saya cari lagi petang esoknya tu baru nampak anjing tu. 'Dia' dan beberapa ekor anjing lain tengah makan batu. Sedih sangat tengok keadaan mereka. Memang banyak dah kes anjing jalanan sanggup makan batu dan tahi sendiri sebab nak isi perut yang lapar.

“Sebelum ni, pernah juga saya selamatkan anjing dengan hantar ke veterinar untuk scan, memang ada batu dalam perut mereka. Bila tengok keadaan macam ni sekali lagi buatkan saya lagi tekad nak teruskan bantu.

"Ada juga kes sebelum ni buang anak kucing bungkus dalam guni. Saya sanggup terjun dalam parit nak ambil guni tu. Bila buka tengok dekat dalam ada empat ekor anak kucing. Mungkin memang mereka nak bunuh kucing-kucing ni kot,” katanya.

Bercerita lanjut tentang anjing-anjng berkenaan, dia segera mencari ikhtiar membantu nasib malang haiwan tersebut.

Tambahnya lagi, dia hanya mampu menyediakan makanan sahaja untuk anjing-anjing tersebut kerana sudah melebihi had kemampuannya.

Wanita yang menetap di Pualu Pinang ini menjelaskan bahawa di rumahnya sendiri sudah terdapat banyak kucing dan anjing terbiar yang diselamatkan dan perlu ditanggung serta menelan kos agak besar.

“Lepas jumpa tu saya letak makanan dengan campuran vitamin bagi mereka makan. Saya letak vitamin tu sebab mereka ada masalah kulit yang normal bagi haiwan jalanan lain. Saya tidak pasti jumlah sebenar anak-anak anjing ni sebab mereka takut bila tengok saya jadi mereka semua lari masuk dalam semak.

“Jadi sebelum saya balik, saya tinggalkan makanan lebih sikut untuk anak-anak anjing tu makan. Kesian pula takut mereka kelaparan lagi nanti.

“Saya pun bagi makan ikut tahap kemampuan saya saja. Bukan tak nak ambil bawa balik jaga di rumah tapi saya sendiri dah ada banyak anjing dan kucing di rumah.

"Untuk sebulan saja saya habiskan lebih RM3,000 sehingga RM4,000 untuk makanan tidak termasuk vitamin dan ubat-ubatan sebab kos makin naik. Saya pernah gadai emas sebab ada kes haiwan yang dibawa ke veterinar memakan kos tinggi," jelasnya.




Menurut Sarifa, kini dia mempunyai lebih 20 ekor anjing dan kucing yang akan datang untuk makan di rumahnya termasuk juga 30 hingga 40 ekor haiwan yang diberi makan di luar seperti kawasan kampung dan kilang-kilang di Seberang Perai Selatan.

Katanya, dia tidak mengharapkan pujian mahupun balasan dalam melakukan kerja-kerja membantu haiwan namun tetap mengharapkan semua orang boleh menitipkan doa agar dia terus diberikan kesihatan dan dilimpahi rezeki.

“Saya tak ada buka sebarang tabung tapi kalau ada yang nak menderma saya terima. Saya tanggung kos sendiri saja tapi ada juga hamba Allah yang lain sudi beri bantuan dalam RM50 sehingga RM100 untuk anak-anak bulus ni.

“Saya harap akan ada kesedaran dalam diri semua yang baca posting saya dan sudi membantu bagi makan haiwan-haiwan bernasib malang ini,” ujar Sarifa.

Orang ramai yang ingin turut sama membantu usaha dalam menyelamtkan nasib haiwan-haiwan terbiar ini boleh menghubungi wanita ini di Facebook. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote .HannahMontana. 2-3-2022 05:38 PM
Bantulah,  beri dia makan

dia beri dia minum

dia anjing

dia babi sekalipun

jika di aniaya maka ke neraka lah ko

Bantulah mana-mana haiwan terbiar yg kesusahan

berikan makanan ,tempat tinggal dan kasih sayang

Quote sekngucing 2-3-2022 05:56 PM
aku selalu kasi anjing jalanan makan dlm.dua hari sekali..berhampiran kawasan belukar sungai long ni
Quote kerunai 2-3-2022 06:01 PM
elok antar mai cyberjaya ..kt cyberjaya tak banyak anjing sangat ..makanan pun banyak ..bleh la tlong jaga kejiranan
Quote pu3_rania 2-3-2022 06:19 PM
Edited by pu3_rania at 2-3-2022 07:04 PM
sekngucing replied at 2-3-2022 05:56 PM
aku selalu kasi anjing jalanan makan dlm.dua hari sekali..berhampiran kawasan belukar sungai long ni


Sungguh mulia hati hang
Aku doakan semoga Allah SWT mengurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti air Zamzam yang keluar mengalir tanpa henti-hentinya kepada hang
Aamiin Allahumma Aamiin
Quote nurkasih74 2-3-2022 06:58 PM
kerunai replied at 2-3-2022 06:01 PM
elok antar mai cyberjaya ..kt cyberjaya tak banyak anjing sangat ..makanan pun banyak ..bleh la tlon ...

Sapa kata kat cyberjaya xde anjing liar.. banyakkk sgt.. tapi mungkin nasib mereka lbh baik.. ramai yg bagi makan.. anjing2 tu dah kenal kami.. sayang kat diorg…
Quote monreyes 2-3-2022 07:05 PM
x brani nak bagi mkn..sat g dia hambat aku
Quote Adrif 2-3-2022 07:15 PM
rumah kami hujung kampung
tapi keliling rumah dekat 10 anjing jaga. tak bela pun

mak time masak baling-baling sisa makanan keluar pagar, anjing makan
pastu abah baling roti tak habis kat anjing

mula2 sekor. pastu ibu tu bawak anak kecik 4 ekor
pastu tinggal 3 ekor, sekor ntah ke mana. 3 ekor tu beranak
pastu anjing dari group lain datang join

yang kesiannya, courier nak hantar barang, dok pusing-pusing rumah, takut anjing
anjing tu tak pernah lagi gigit, serang orang. dia menyalak ja
tepuk tangan sekali, semua bukak jalan, baru abang J&T tu belok motor  
Quote cmf_premierleag 2-3-2022 07:17 PM
mulianya hati Sarifa ni
akak pun x mampu nak buat apa yg dia buat selama ni
semoga Tuhan kurniakan tiada limit dlm rezeki kamu
Quote bakingsoda 2-3-2022 07:18 PM
dia ni bagus, post kat group fb sekadar share je kehidupan bebulus kat rumah dan nasib yg lain dijalanan. bukan jenis karang cerita sendu berjela pastu pap nama dan no acc bank, bila orang bantu tiberrr hilang dr radar acah tak terima pape bantuan.
Quote pu3_rania 2-3-2022 07:42 PM
cmf_premierleag replied at 2-3-2022 07:17 PM
mulianya hati Sarifa ni
akak pun x mampu nak buat apa yg dia buat selama ni
semoga Tuhan kurniakan t ...

Aamiin Allahumma Aamiin
Quote BunyiMeow 2-3-2022 07:53 PM
Alhamdulillah..baik hati akak tu. Moga dpermudahkan & dmurahkan rezeki
Quote mzzenma 2-3-2022 07:58 PM
mzz baca artikel ni kat kucing mzz.. suruh dia insaf sikit jgn duk jadi pemalas mengangkang tido je keje. Dia buat bodoh je kat mzz ni.

Moga akak diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki. Mzz tak mampu buat apa dia buat. Sekadar bagi makan dekat kucing dgn anjing kat opis tu je lah mzz mampu..
Quote pu3_rania 2-3-2022 08:22 PM
mzzenma replied at 2-3-2022 07:58 PM
mzz baca artikel ni kat kucing mzz.. suruh dia insaf sikit jgn duk jadi pemalas mengangkang tido je  ...

Hahaha
Lawak lah mzz nak baca kan artikel ni kat kucing
Tapi tak mustahil coz kucing belaan biasanya akan faham apa yang kita cakapkan kepada dia
Quote LoveSungmin 2-3-2022 08:45 PM
depan rumah i ni ada juga anjing liar.. kalau tengok keadaan memang kesian sebab kebanyakannya ada penyakit kulit.. i bagi makan bila i keluar nak lalu pergi lrt je.. tapi ada nampak orang lain bagi makan juga, sorang uncle india dan sorang uncle cina..
Quote ChildrenOfBodom 2-3-2022 09:08 PM
Ajak jantan bodo yg p bagi kucing makan kt mekah sekali. Nakharom ni gigih p bagi makan Kucing kt negara lain, kt negara sendiri buat2 tak nampak
Quote elnor_81 2-3-2022 10:07 PM
mzzenma: mzz baca artikel ni kat kucing ...

Kucing ni reti bhs je. Ari ni aku mrh ank bulus aku. Memilih xnk mkn mknn pg td. Ptg nk yg bru. Siap gesel2 kt botol mknn dia. Aku ckp. Bersyukur la sket. Kt luar tu mkn batu. Xde mkn sdp2 mcm awak ni. Trus dia pegi kt mknn, trus mkn. Bru tau mama bulus memetir[em:3:]
Quote prettyuglybabe 3-3-2022 03:34 PM
i suka baca dia share kat fb pasal anjing dengan kucing dia..
area rumah dia pun macam best..
kampung belakang hutan gitu siap ada anak sungai..
and yes.. dia takat bercerita takde minta derma ke apa..
kalu ada yang nak derma, boleh je pm ke dia terus..
Quote mdhelmi 3-3-2022 03:47 PM
erm dulu kat kg pernah bg makan anjing yg sakit sampaila dia sihat
itu pun sebab dia tido dlm bilik air
dah sihat suruh dia balik dia xnk
dia mungkin anggap kitorg dah macam tuan dia
bela la tapi dok luar je dan tak boleh lebih dari garisan
memang dia paham dan ikut


Quote tripleid 3-3-2022 04:40 PM
harap2 anjing yg dibantu bukan spisis rempit gini..

[youtube]Cf6CDBGeTLY[/youtube]

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.309303 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top