Mengerjakan Umrah pada penghujung tahun lalu, peminat kepada pelakon Nelydia Senrose cukup gembira melihat perubahan wanita itu yang dikatakan sudah berhijab.
Baru-baru ini, aktres terkenal itu mengemaskini Instagram dengan kapsyen bertanyakan gaya lilitan tudung yang sesuai dengan individu yang memiliki bentuk wajah bulat.
Rata-rata, netizen memberikan maklum balas positif terhadap pertanyaan adik kepada Uqasha itu.
Rata-rata, netizen memberikan maklum balas positif terhadap pertanyaan adik kepada Uqasha itu.
Masing-masing memberikan tip pemakaian serta menyarankan aplikasi YouTube dan TikTok sebagai rujukan untuk belajar cara menggayakan tudung.
Selain memuji kejelitaannya, warga maya turut mendoakan agar dia terus istiqamah dalam meniti perjalanannya sebagai wanita berhijab.
Sekadar info, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen sedang bercuti bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi di London.
Nely mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan pada 6 April 2019 dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka. - CARI