Palembang: Setiap hari, seorang wanita pertengahan usia akan datang ke Pasar 16 Ilir Palembang, Sumatera Selatan untuk mengupas kulit bawang.
Pekerjaannya kedengaran mudah, namun Yurita perlu mengupas sekurang-kurangnya empat guni yang setiap satunya seberat 10 kilogram. Lebih perit, upah yang diperolehinya juga amat sedikit iaitu hanya 8,000 rupiah (RM2.30) bagi setiap guni. Jika dikira jumlah upah keseluruhan yang diperoleh wanita itu hanyalah sebanyak 32,000 rupiah (RM9.30) bagi empat guni .
“Saya akan mula bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari dan ada kalanya saya perlu mengupas lima guni bawang. “Ini sahaja pekerjaan yang saya boleh lakukan, biarpun upahnya sangat sedikit,” kata wanita berusia 48 tahun itu kepada Tribunnews. Yurita juga memaklumkan, dengan upah sebanyak itu, dia sering tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli barangan harian termasuk bahan memasak. Katanya, biarpun harga bawang sering naik, namun upahnya untuk mengupas kulit bawang tidak pernah dinaikkan. Sehubungan itu, Yurita merayu kepada pihak berkaitan supaya meneliti perkara tersebut supaya dia dan rakan-rakan yang lain mempunyai pendapatan yang lebih stabil. “Kami ada keluarga yang perlu diberi makan setiap hari, semoga ada pihak yang prihatin dengan nasib golongan pengupas bawang ini,” ujarnya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
musangbodoh replied at 1-3-2022 01:04 PM
cara2 tambah pendapatan kt akak indon
-join tiktok buat content
-jd utuber
sambaldurian replied at 1-3-2022 01:59 PM
Agak2 le rm2.30 seguni. Korg klu jual kt customer berganda2 pulak harganya.
Rockafella replied at 1-3-2022 12:48 PM
Majikan ambil kesempatan ni. Satu guni tu pun paling tidak bagilah upah RM5.
gideoncross replied at 1-3-2022 02:28 PM
Akhir zmn mmg cmni, krja brat, gji skit. Bila ckp skit, kna cap bnyk komplen aka kurg ajar. Stupid ...
ChildrenOfBodom replied at 1-3-2022 02:17 PM
Makcik bawang
angelofish: kita jangan setia pada satu ke ...
stinger987 replied at 1-3-2022 12:46 PM
Human Slavery secara halus....
makadek replied at 1-3-2022 07:41 PM
Kalo ko aku bg nasik goreng minyak goreng ikan je
ADVERTISEMENT