Muat naik milik Doktor Mohd Shaiful Nizam di Twitter menarik perhatian ramai, mana tidaknya foto doktor pakar tersebut bersama tumor kelenjar air liur seberat hampir tiga kilogram itu cukup menggemparkan pengguna media sosial.
Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) ini berkongsi pengalaman bahawa selama 11 tahun dirinya bergelar doktor, ini merupakan pertama kali dirinya terlibat dalam pasukan pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan seperti itu. “11 tahun bergelar doktor, ini kali pertama dalam pasukan pembedahan mengeluarkan ketumbuhan kalenjar air liur seberat hampir 3KG!!” ciapnya
Berdasarkan perkongsian Doktor Shaiful di Twitter nya, ketumbuhan yang terdapat di bahagian leher pesakit tersebut sudah hampir lapan tahun tumbuh. Pesakit tersebut kemudian membuat keputusan untuk menjalani pembedahan kerana sukar untuk menunaikan solat. Menurut Doktor Shaiful, pembedahan yang berjalan selama 5 jam bersama kehadiran Pakar Perunding, Pembedahan Kepala dan Leher, Profesor Razif dan pasukan perubatan yang lain berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi serius. “Alhamdulillah, dengan kehadiran Pakar Perunding, Pembedahan Kepala & Leher, Prof Razif & pasukan, pembedahan kami selama 5 jam berjaya tanpa sebarang komplikasi yang serius,” ciapnya lagi, Dalam pada itu, doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak ini juga menitip pesan kepada orang ramai jika terdapat sebarang ketumbuhan pada mana-mana anggota badan harus segera mendapatkan pemeriksaan pakar dan jangan dibiarkan. -CARI Sumber: Murai.my
|
arasham replied at 1-3-2022 11:44 AM
Ngerinya!!! Mine dlm perhatian. Doc nak operate, saya masih holding on..
asamfish replied at 1-3-2022 02:04 PM
Care to share your experience please. Ada rasa sakit ke? Thanks!
arasham replied at 1-3-2022 02:58 PM
Kadang2 sakit, kadang rasa bingal telinga sbb dia dah himpit saraf dan ada masa panas sangat kat t ...
arasham replied at 1-3-2022 11:44 AM
Ngerinya!!! Mine dlm perhatian. Doc nak operate, saya masih holding on..
arasham replied at 1-3-2022 02:58 PM
Kadang2 sakit, kadang rasa bingal telinga sbb dia dah himpit saraf dan ada masa panas sangat kat t ...
shernazz replied at 1-3-2022 04:38 PM
Iols masa 15 tahun dulu.operate.tiroid
Mujur okay tak.ada.apa apa ubat lah nak.makan...
Hormon pung. ...
arasham replied at 1-3-2022 11:44 AM
Ngerinya!!! Mine dlm perhatian. Doc nak operate, saya masih holding on..
TeropongThaico replied at 1-3-2022 09:12 PM
Moga chuol fikir baik2. Jika elok operate jgn tangguh. Cuba seek second opinion ke dulu jika chuol ...
kepompong replied at 1-3-2022 08:15 PM
me too. sbb tak besar sgt pun & tak ganggu kehidupan harian… punca i’m still holding on ialah ad ...
arasham replied at 2-3-2022 11:08 AM
Ini yg doc I ckp. Area tu banyak saraf so complications mcm tu ada kemungkinan..
arasham replied at 2-3-2022 11:06 AM
Tq.. yg buat teragak agak tu sbb kawasan yg akan dibedah banyak saraf. Mungkin muka boleh jadi her ...
ADVERTISEMENT