CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelawak Malaysia Celupar, Dikecam Permainkan Isu Rusia-Ukraine

28-2-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4884| Komen: 40

Pelawak kelahiran Malaysia yang kini menetap di United Kingdom, Nigel Ng menerima kecaman hebat netizen disebabkan ciapan celuparnya menerusi Twitter dengan menyebut nama negara Ukraine.


Tindakan Nigel atau lebih dikenali menerusi karakter satira Uncle Roger disifatkan sebagai tidak sensitif kerana cuba berlawak ketika rakyat negara berkenaan sedang menderita dibedil Rusia.


Foto: Kosmo

“Sedang menambah tarikh untuk Ukraine bersempena dengan persembahan jelajah dunia ‘Haiyaa’ saya. Nantikannya,” ciap Nigel, 31, berserta emoji muka dengan air mata kegembiraan.

Melawak tak kena waktu, Nigel sehingga kini masih belum membuat permohonan maaf atas keterlanjuran ciapan tersebut yang membuatkan ramai berang.


“Alamak! Kadang-kadang apa yang mungkin kelakar dalam kepala anda tidak kelakar dalam kehidupan sebenar,” coretnya lagi.



Ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa kecewa dengan apa yang dilakukan Nigel sehingga ada sebilangan rakyat negara ini berasa malu mengakui lelaki berkenaan berasal dari Malaysia.

“Selamatkan Ukraine. Anda sangat menjijikkan (Uncle Roger) kerana melawak dengan menggunakan nama Ukraine. Buat malu orang Malaysia.

“Tidak lawak langsung. Tak bolehkah anggap apa yang terjadi sebagai satu perkara serius dan buat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang menderita disebabkan pencerobohan Rusia di Ukraine?,” demikian antara ciapan berbaur amarah ditinggalkan pengguna Twitter. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 28-2-2022 11:00 AM
Ni komtroversi kedua heols selepas kontroversi bersama Mike Chen Strictly Dumpling.
Quote missbigrockstar 28-2-2022 11:57 AM
Aku tak pernah rasa dia ni lawak. Masa dia visit restoren chef wan, aku rasa chef wan lagi lawak dari dia. Mmg kaw2 chef wan pedajal dia masa tu
Quote Bedah.Cun 28-2-2022 12:02 PM
Mak tak tawu mana yang lawaknya dengan si Ng Ning Gel neh. Euwh
Quote prince_marhaen 28-2-2022 12:20 PM
mulut pokpek feeling King of Shades....sekali kena ngan Tok CepOne muka dah lain...dah koyak..... muka elok (bagi kaum xinxang xila amxah), tapi mulut acah2 pelat apek bukit... gelinya. Boleh geng ngan HarisSekandar Gundu Botak.
Quote Solokkk 28-2-2022 12:22 PM
Perasan jer lebih nih
Quote gideoncross 28-2-2022 12:36 PM
Bedah.Cun replied at 28-2-2022 12:02 PM
Mak tak tawu mana yang lawaknya dengan si Ng Ning Gel neh. Euwh

Aiol pun x prnh minat kat dia ni start2 famous video psl msak nasi tu.
Quote Artemesiaa 28-2-2022 12:38 PM
Apa yang lawaknya buat statement macam tu, tak jaga sensitiviti keadaan semasa
Quote zasrfikri 28-2-2022 12:47 PM
baru beberapa minggu lalu duk follow youtube channel dia. dia ada rupa juga. tapi mmg kadang ada lawak dia tak sampai.
Quote mizruncing 28-2-2022 12:54 PM
sape la dia ni. ke aku je tak kenal
Quote TeropongThaico 28-2-2022 01:24 PM
Ada otak pakai... Jgn main cakap je rasa gah sgt. Memalukan betol.

Ai paling suka masa cep1 kenakan dia balik tu hari. Rasa bagus sgt... Kena dgn cep1 berubah muka. Baru tahu camne perasaan org yg dia dok bash selama ni
Quote cikatilia 28-2-2022 03:04 PM
dia rasa dia lawak sgt sampai semua pon jadi jenaka

annoying kot
bila benda sama diulang mcm nak hempok pakai tayar lori
Quote ChildrenOfBodom 28-2-2022 03:08 PM
Steven He is a better comedian
Quote she 28-2-2022 03:08 PM
Macik subs channel dia

Ada post yang kelakor
Ada yang buat2 kelakor
Yelah banyak double meaning kan
Yang dgn chef Thai tu kemain pounding

Dia boleh kenakan chef west dan europe
Tapi jangan memain dengan chef Asia
Semua sapu dia balik
Quote Dwdrum 28-2-2022 03:10 PM
Dia ini bashing westerners cara masak rice kan... Sedang kan banyak cara untuk masak... Dia ingat cara saja yang betul.... Hauk betul
Quote tungkai 28-2-2022 03:27 PM
Setakat "haiyaa" ko aje pastu lawak syok sendiri. Pemenda laaa...Better lagi lawak si pondan Kumar tu..
Quote hasniey 28-2-2022 03:44 PM
Kes Ukrainian russia ni kenapa ramai rakyat malaysia sokong russia eh?bukan ke Russia yg cari pasal? tiba2 serang negara org?
Quote kepompong 28-2-2022 03:45 PM
mizruncing replied at 28-2-2022 12:54 PM
sape la dia ni. ke aku je tak kenal

i pun tak kenal u r not alone
Quote kepompong 28-2-2022 03:50 PM
hasniey replied at 28-2-2022 03:44 PM
Kes Ukrainian russia ni kenapa ramai rakyat malaysia sokong russia eh?bukan ke Russia yg cari pasal? ...

tkde siapa sokong russia pun. cuma bagi pendapat je. Bunyi macam side dia tapi sbnrnya tak kot. ni berdasarkan apa yg i baca komen2 sini… maybe sbb isu perang tu bermula dgn ukraine side us… org malaysia kan kalau ckp pasal perang mmg bengkek dgn us . sejarahnya us lagi zalim boleh check balik lepas2…  iraq, vietnam etc camana dia boleh rosakkan negara & tamadun org lain.

matilanakkkkkkk i ckp andaian i aje. Sorry ye those yg side u.s. Setiap org pun berhak bagi pandangan . apapun yg berlaku kat dunia…  i am still malaysian & akan pertahankan bangsa, agama & negara setakat yg i mampu je laa
Quote Jijoli 28-2-2022 05:30 PM
Edited by Jijoli at 28-2-2022 05:37 PM

Ok us  bagi aku penyelamat dunia, kalau takda dia, dunia dah dikuasai rasis Nazi dan Jepun, kalau takda dia seluruh Korea  dibawah Kim Jong un, tak kenalah k pop hari ni, us tak pernah jajah satu negara pun di dunia, dia DPT Filipina kejap tu pun sebab dia beli dgn sepanyol

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.224554 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top