CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bencana Nuklear Chernobyl Mungkin Akan Berlaku Semula

26-2-2022 01:48 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1806| Komen: 2|Original author: Agent13k

Menurut pihak berkuasa di negara Ukraine, mereka mendakwa paras radiasi di zon pengecualian Chernobyl telah meningkat dan turut memberi amaran kepada tentera Rusia yang merampas loji kuasa nuklear tersebut itu boleh menyebabkan masalah yang amat merbahaya kepada semua.

kredit foto: Time Mag


Petikan dari Sinar Harian, Kyiv mengesahkan mereka telah memberitahu kepada Agensi Tenega Atom Antarabangsa (IAEA) bahawa mereka sudah kehilangan kawalan terhadap rod bahan api radioaktif di tempat itu.

 Kementerian Perlindungan Alam Sekitar di Kyiv itu berkata, ada sejumlah besar plutonium-239 di kawasan itu dan jika berada ditangan yang salah, ia boleh menjadi bom nuklear yang akan menjadi malapetaka kepada semua.

kredit foto: Medium


Difahamkan, pengambilalihan zon pengecualian Chernobyl itu akan menjadi masalah besar kepada semua penduduk di negara Ukraine, Rusia dan Belarus.

Sementara itu, Parlimen Ukraine berkata data diperoleh daripada sistem pemantauan radiasi automaik di zon itu mendapati paras radiasi lebih tinggi daripada biasa.

kredit foto: ABC network

Tambahan pula, Timbalan Ketua di State Nuclear Regulatory Inspectorate of Ukraine iaitu Alexander Grigorash teleh mengesahkan dakwaan tentang kenaikan radiasi di Chernobyl itu. 

Menurutnya, peningkatan radiasi itu dilaporkan pada jam 3.20 pagi (waktu tempatan), beliau juga risau yang mungkin berpotensi mencetuskan semula bencana nuklear sama seperti pada tahun 1986 yang menyebabkan Ukraine dan Belarus tercemar teruk sehingga membawa kepada penubuhan zon pengecualian yang digunakan sampai sekarang.


Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia iaitu Igor Konashenkov berkata paras radiasi di loji tersebut berada di tahap normal. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 28-2-2022 08:55 AM
kalau china and rusia bergabung terduduk bah US ni
Quote Dwdrum 28-2-2022 08:57 AM
Simunggu replied at 27-2-2022 04:55 PM
kalau china and rusia bergabung terduduk bah US ni

Ada reason depa takut nato...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.029930 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top