Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, merekod keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan.
Sumber berkata, SPRM memulakan siasatan susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Ia adalah berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai 10 juta dolar Amerika Syarikat (AS) (kira-kira RM41.8 juta) kepada Rohana. "Siasatan itu akan dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, Rohana hadir di SPRM Putrajaya pada 9 pagi tadi. Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan itu. "Sebarang maklumat terbaru berhubung kes terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya. Terdahulu, perbicaraan kes 1MDB di AS menjadi sensasi selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan sulit dengan Rohana. Media antarabangsa melaporkan, Leissner menjelaskan hubungannya dengan Rohana berlanjutan sejak 2003 hingga 2013. Hubungan mereka kemudiannya berakhir apabila Leissner berkahwin dengan selebriti Kimora Lee. -CARI Sumber: Harian Metro
|
cmf_premierleag replied at 25-2-2022 06:05 PM
kat twitter sana kemain lg ya byk host celebrities dan newscasters yg keje kt astro awani kutuk dan ...
3chanceno: Dapat rumah 10juta pound je? T ...
jas7512 replied at 25-2-2022 08:13 PM
Kudsia masuk sekali ke kutuk...
cmf_premierleag replied at 25-2-2022 08:05 PM
kat twitter sana kemain lg ya byk host celebrities dan newscasters yg keje kt astro awani kutuk dan ...
kotakominami replied at 25-2-2022 07:52 PM
Kalau ikotkan dia ni bilis je....yg patut di tanye mcm mana 1 bilion boleh transfer overnite?.....si ...
Normabaru replied at 25-2-2022 05:57 PM
Dah kuar kt US baru nk kutip???
So slama ni BNM bodoh sgt xblh trace ke cmne
rashiman replied at 25-2-2022 08:51 PM
abis mcm mana tu....bekas Gabenor BNM pun disiasat berkaitan penyelewengan dana 1mdb...
cmf_premierleag replied at 25-2-2022 06:05 PM
kat twitter sana kemain lg ya byk host celebrities dan newscasters yg keje kt astro awani kutuk dan ...
ADVERTISEMENT