Kuala Terengganu: Pesara kerajaan rugi RM532,800 apabila wang persaraan dan hasil gadaian barangan kemas milik isterinya lesap selepas menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam dalam kejadian di daerah ini.
Kejadian dipercayai bermula selepas lelaki berusia 65 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai 'Mastura' pada Oktober tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan M Zambri Mahmud berkata, suspek memaklumkan nama mangsa berada dalam senarai perhatian pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Menurutnya, suspek juga mendakwa mangsa terbabit dalam pengubahan wang haram sebelum mengarahkannya membuka satu akaun baharu dengan memberikan semua maklumat peribadi dan akaun kepadanya.
Katanya, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan diberikan apabila bertindak mengeluarkan semua wang simpanannya selain turut mengadai barangan kemas isterinya sebelum wang diperoleh dimasukkan ke dalam akaun yang baharu dibuatnya. "Pada mulanya, mangsa tidak mengesyaki apa-apa namun menyedari ditipu apabila mendapati duit yang ada di dalam akaun berkenaan dikeluarkan tanpa pengetahuannya. "Cubaan mangsa menghubungi semula suspek juga gagal sebelum mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada Selasa lalu. "Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 kanun keseksaan kerana menipu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. M Zambri turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sekiranya menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku daripada penguat kuasa, bank atau mana-mana agensi kerajaan. Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima panggilan seperti itu, selain tidak sewenang-wenangkan memberi maklumat peribadi dan perbankan kepada individu tidak dikenali. -CARI Sumber: Harian Metro
|
helle: Aduh pakcik...why...tak baca s ...
Subian replied at 25-2-2022 12:29 PM
Haritu ada scammer mengaku dr lhdn call saya...saya kata saya kerja dr lhdn...lepas tu tanya dia tak ...
Paris19 replied at 28-2-2022 07:01 AM
Tapi pelik banyak je keluar berita pasal scammer ni semua, tp tetap lah ada yg terkena. Tak paham la ...
Paris19 replied at 28-2-2022 07:01 AM
Tapi pelik banyak je keluar berita pasal scammer ni semua, tp tetap lah ada yg terkena. Tak paham la ...
zehra2 replied at 28-2-2022 07:11 AM
kalo tk buat salah apasal nak takut
kalo mmg duit persaraan bersih. sumber bersih. tkde sapa boleh ...
ADVERTISEMENT