CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Menang Motor Kena Solat Subuh Dan Isyak Secara Berjemaah Selama 40 Hari

25-2-2022 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2694| Komen: 43

Melaka: Masjid Nur As-Sa’aadah, Kampung Pengkalan Batu di sini meneruskan usaha mengimarahkan masjid dengan menawarkan empat buah motosikal kepada jemaah yang bertuah.


Ketika ditemui Utusan Malaysia, Pengerusi Masjid, Datuk Amzah Osman berkata, hadiah berjumlah hampir RM16,000 itu akan diberikan kepada mereka yang berjaya menunaikan solat Subuh dan Isyak secara berjemaah selama 40 hari.

“Pemberian ini di bawah Program Istiqamah Subuh dan Isyak Berjemaah 40 Hari yang diadakan khusus untuk jemaah dewasa mengikut empat kategori ditetapkan.

“Kategori tersebut adalah untuk anak kariah, penduduk luar, pegawai syarak serta jawatankuasa dan pekerja masjid,” katanya ketika ditemui di sini.


Foto: Utusan Online


Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, kira-kira 100 kanak-kanak dan remaja di kawasan Kampung Pengkalan Batu menyahut cabaran menunaikan solat Subuh selama 40 hari di masjid yang menawarkan habuan 20 buah basikal kepada yang berjaya melakukannya.

Program Subuh Istiqamah 40 Hari itu turut dianjurkan Masjid Nur As-Sa’aadah bermula 9 Februari sehingga 20 Mac ini.

Tambah Amzah, jenis motosikal yang akan ditawarkan adalah Modenas Kriss 110 bernilai RM4,000 sebuah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program itu akan dimulakan pada 1 Mac ini sehingga 9 April depan.

“Setakat ini kita dah terima lebih 30 penyertaan bagi keempat-empat kategori tersebut, golongan wanita juga tidak terkecuali, asalkan berusia 16 tahun ke atas dan mempunyai lesen motosikal.

“Peserta juga berpeluang meningkatkan peluang kemenangan dengan menunaikan solat fardu yang lain secara berjemaah atau pada program-program lain anjuran masjid,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 25-2-2022 10:53 AM
Edited by Dwdrum at 24-2-2022 06:54 PM

Perlu solat ber jemaah subuh and isya meriah kan masjid untuk menang motor... Hahaahahhaa
Quote Decaffeinated 25-2-2022 10:55 AM
Ternyata umpan syurga dah tak jalan.
Quote Artemesiaa 25-2-2022 10:57 AM
Sementara tu di negeri lain tak ada dua dos tak ada booster tak boleh masuk mesjid
Quote Abahmung 25-2-2022 11:01 AM
ok la tu..mesti dapat sambutan drpd mat2 rempit
Quote plywood 25-2-2022 11:04 AM
Abahmung replied at 25-2-2022 11:01 AM
ok la tu..mesti dapat sambutan drpd mat2 rempit

keazaman mereka akan sukar dipertikaikan..
Quote pekanwoohoo 25-2-2022 11:15 AM
Kembali lengang selepas 40 hari...
Quote Abahmung 25-2-2022 11:27 AM
plywood replied at 25-2-2022 11:04 AM
keazaman mereka akan sukar dipertikaikan..

boleh menggalakkan mat2 rempit kg menuju ke jalan yg benarr gitu..
Quote white_musk 25-2-2022 11:32 AM
Sudah tiada keikhlasan
Quote doubleharmonic 25-2-2022 12:23 PM
hadiah 4 ketul jah motor untuk yang bertuah? rempit2 yang tak dapat tu nanti melopong jah gituh walau dah cukup 40 hari 40 malam jemaah kat mesejid tu khenss?
Quote Thunderclouds 25-2-2022 12:53 PM
Nak mengimarahkn mesejid pn kna umpan carrots dlu?? Lemahhhh.
Quote Thunderclouds 25-2-2022 12:54 PM
Edited by Thunderclouds at 25-2-2022 12:57 PM
Decaffeinated replied at 25-2-2022 10:55 AM
Ternyata umpan syurga dah tak jalan.

Bidadari sorga 70 ketoi tsenyum sinis
Quote Mulotkoyak 25-2-2022 01:37 PM
Bgus gak mendidik dgn cara cmni.. Memandangkan netizen pun mmg xleh laridgn kesempitannhidup. At least dpt gak membudayakan ke mesjid. Lelama nnt jd sebati... Mohon semua mesjid buat cmtu.
Quote kelapaparut 25-2-2022 01:53 PM
nak sembahyang pun sampai kne bg hadiah, rasuah..mmg tunggang agama
Quote Gomea 25-2-2022 02:02 PM
Kalau ade lebih daripada sorang pemenang dalam satu2 kategori nak buat macam mana? Buat cabutan ke?
Quote ChildrenOfBodom 25-2-2022 02:20 PM
"Sahaja aku semayang fardu subuh 2 rakaat sbg makmum tunai kerana motor modenas kriss 110"
Quote Jitu 25-2-2022 03:16 PM
bagus jugak ni cuba cara baru nak ajak org pergi ke masjid
Quote dua_chzy 25-2-2022 03:21 PM
Ujung2 kena guna elemen duniawi juga ka untuk tarik ummah ke akhirat?
Quote Decaffeinated 25-2-2022 04:23 PM

sejak bila ibadah ni ikhlas.

Semua kena sogok ganjaran berlipat kali ganda di syurga. Kalau tak jalan gak kena ugut api neraka yang panas membara. Tak jalan juga itu yang kena bagi motor


Quote zacEfron 25-2-2022 05:01 PM
kira ok la tu .. drp tak solat..
drp sembah patung.. gambar2 berhala

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.380502 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top