CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Tak Nak Bayar Bil Hospital Suami Kemalangan Sebab Tak Kongsi Hal Kewangan

25-2-2022 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3425| Komen: 35

London – Seorang wanita berdepan kecaman netizen apabila dia mengaku enggan membayar bil perubatan hospital suaminya dengan alasan bahawa mereka tidak berkongsi hal kewangan, lapor akhbar Mirror UK.


Wanita itu yang baru berkahwin selama tiga tahun berkata,  dia dan suaminya tidak pernah berbincang atau menguruskan hal kewangan mereka secara bersama-sama.


Foto: Getty

“Kami tidak berkongsi kewangan dan menyumbang kepada perbelanjaan isi rumah secara sama rata dan secara individu.

“Dia cukup tegas dalam soal wang, bermakna saya tidak sepatutnya meminta wang untuk membayar barangan peribadi dan begitu juga dengan dia,” tulisnya di forum AITA Reddit.


Suami wanita itu yang terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan kecederaan di lutut akhirnya terpaksa meminta bantuan ibunya untuk membayar bil hospital.

Pengakuan wanita itu mengundang komen negatif ke atas perkahwinan pasangan ini yang dianggap tidak normal.

“Jika anda tidak boleh membantu satu sama lain dalam kesusahan, kenapa memilih untuk berkahwin?” komen seorang pengguna media sosial. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote talapia 25-2-2022 10:37 AM
dah dari awal di set boundaries macam tu.. laki dia sendiri kedekut nak bagi duit kt bini.. takleh berlebih kurang.. then dia eksiden mintak duit bini.. of kos la bolayan.. sendiri didik gitu. same goes kalau bini sakit.. dibolayan dek laki jugak barangkali. I wonder klau ada anak camne pasangan ni nk divide the spenditure on kids..
Quote CARI-MRO 25-2-2022 10:39 AM
London – Seorang wanita berdepan kecaman netizen apabila dia mengaku enggan membayar bil perubatan hospital suaminya dengan alasan bahawa mereka tidak berkongsi hal kewangan, lapor akhbar Mirror UK.


Wanita itu yang baru berkahwin selama tiga tahun berkata,  dia dan suaminya tidak pernah berbincang atau menguruskan hal kewangan mereka secara bersama-sama.




Foto: Getty




“Kami tidak berkongsi kewangan dan menyumbang kepada perbelanjaan isi rumah secara sama rata dan secara individu.


“Dia cukup tegas dalam soal wang, bermakna saya tidak sepatutnya meminta wang untuk membayar barangan peribadi dan begitu juga dengan dia,” tulisnya di forum AITA Reddit.


Suami wanita itu yang terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan kecederaan di lutut akhirnya terpaksa meminta bantuan ibunya untuk membayar bil hospital.


Pengakuan wanita itu mengundang komen negatif ke atas perkahwinan pasangan ini yang dianggap tidak normal.


“Jika anda tidak boleh membantu satu sama lain dalam kesusahan, kenapa memilih untuk berkahwin?” komen seorang pengguna media sosial. – CARI


Sumber: Kosmo
Quote Nham22 25-2-2022 10:39 AM
Hahahaha.. Itula kedekut lg...
Quote manehnya 25-2-2022 10:52 AM
padan kan ajer muka sominya tuh
Quote Decaffeinated 25-2-2022 10:57 AM
Reverse the situation ada ka lelaki yg buat macam tu?
Quote Artemesiaa 25-2-2022 11:00 AM
Berkira lagi dengan bini sekarang sendiri jugak yang susah
Quote Shazid 25-2-2022 11:33 AM
Kesian...hahahaha
Quote ultra78 25-2-2022 11:39 AM
Memang ada solution utk kes sebegini. Jangan kahwin dan jadi perempuan simpanan
Quote honeybee1802 25-2-2022 11:41 AM
Dah laki berkira...lantak la..kot kalo pompuan tu beranak dia bayar tak bil?
Quote Manjahati 25-2-2022 12:04 PM
Berkira x kena tempat…suami n isteri
Quote asamfish 25-2-2022 12:06 PM
Bagus perempuan mcm ni!  Kalau dah masa sihat kemain laki kudukuts......rasain la bila dah sakit....jgn time sihat nkau set the boundaries, time susah, sakit, nkau nak buat muka kesian ploppppp
Quote R2D2 25-2-2022 12:19 PM
kalau dgr ceramah2 movitasi pun
memang ada di Malaysia jugak kes2 mcm ni
tapi bab perbelanjaan harian
bukan bab perubatan
masing2 guna gaji sendiri
Quote whimsicalmusic 25-2-2022 01:08 PM
Iolls agree je kalo da sendiri2 byr utk sendiri2 je..
Quote melinda_kerr 25-2-2022 01:11 PM
Kalau akupun tk hingin ya nk byrkan.. kau dh bekira dr awal nape nk susah2 byrkan. Baik tk pyh kawin. Kalau anak sakit lain cerita
Quote spankee_fili 25-2-2022 01:24 PM
Kahwin nak elak maksiat
Quote lemak_masin 25-2-2022 02:18 PM
Bagi je laa bantuan kewangan.. pastu charge la interest.. cam bank.. dua2 wuntung maaa
Quote TuntungReturn 25-2-2022 02:55 PM
pompuan mmg cm tu  jika dia ada rm1,000. dia taw keta suami di rosak. dia mm  x kan tolong suami dia. duit tu dia akan beli kasut,tudung, dll. kurang2 org puji dia cantik.
Quote Jitu 25-2-2022 03:01 PM
teruknya
laki dia pun same teruk jd anggap lah ni satu balasan sbb kedekut sangat dgn bini sendiri
Quote ladybugz 25-2-2022 03:32 PM
suami didik isteri gitu. hasil didikan suami jd la gitu. apepun mungkin ada byk dah perkara yg buat isteri dia jd kering hati mcm tu.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.247369 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top