Majikan Malaysia disifatkan paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelanjakan 25% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji.
Angka peratusan Malaysia merupakan yang terendah berbanding negara lain seperti Singapura (40%), Filipina (76%) dan Indonesia (84%).
Utusan melaporkan, perbezaan itu diambil kira mengikut kadar populasi negara dengan Malaysia yang mempunyai sebanyak 33 juta penduduk, Singapura mempunyai sebanyak 5.6 juta penduduk, Filipina ada 109 juta penduduk dan Indonesia pula mempunyai 273 juta penduduk di negara itu. Difahamkan, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, melabelkan peratusan bayaran yang rendah itu sebenarnya tidak masuk akal baginya kerana kebanyakan majikan mampu membayar lebih daripada gaji minimum iaitu RM1,200. Tambahan pula, kerajaan juga telah membantu ramai majikan dengan pelbagai cara untuk mendapat pendapatan semula yang hilang sepanjang tempoh pandemik COVID-19 yang mula tular pada 2020. Sehubungan itu, Datuk Abdul Halim telah memberitahu mengenai perkara itu sebagai respon kepada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan pakar-pakar ekonomi negara yang tidak mahu kenaikan gaji minimum dari RM1,200 ke RM1,500. Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 dalam pembentangan Bajet Tahun 2020. -CARI |
shernazz replied at 25-2-2022 09:06 AM
Iols baru baca iklan.mencari.oekerja sambilan.di hari kraftangan
10am - 10pm rm50
Makanan.tak.pasti ...
elzy replied at 25-2-2022 10:22 AM
Kerajaan tak peduli dengan rakyat so macam ni laa hasilnya.. Pentingkan poket sendiri.. Beriya nak s ...
elzy replied at 25-2-2022 08:22 AM
Kerajaan tak peduli dengan rakyat so macam ni laa hasilnya.. Pentingkan poket sendiri.. Beriya nak s ...
ADVERTISEMENT