CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beri Susu Hampir Tamat Tempoh, Diberi Ubat Tidur, Dibiarkan Kelaparan -Bayi Maut, Ibu Bapa Nak Saman Hospital!

24-2-2022 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11828| Komen: 169

Kota Bharu: Keluarga bayi lelaki yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) yang didakwa akibat kecuaian, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan.


Ibu mangsa, Rosilawati Ismail, 26, ia sebagai pembelaan terhadap kematian anak tunggalnya, Muhammad Hilman Firdaus Muhammad Hilmi yang berusia dua bulan pada Jumaat minggu lalu.

Beliau berkata, pihaknya sudah melantik peguam dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.


Foto: Harian Metro

"Terdapat beberapa perkara yang kami tidak berpuas hati ketika anak menerima rawatan termasuk isu susu yang diberikan hampir tamat tempoh selain diberi ubat tidur tanpa kebenaran.


"Apa yang saya lakukan ini adalah demi pembelaan kepada kematian anak dan ketidakpuasan hati terhadap pihak hospital yang merawat anak.

"Walaupun pihak hospital sendiri sudah bertemu dengan kami untuk menjelaskan apa yang berlaku, namun kami tidak berpuas hati terhadap penjelasan yang diberikan.

"Malah, sehingga kini punca kematian anak belum dimaklumkan kepada kami dan pihak hospital memaklumkan perlu menunggu sehingga dua bulan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Menceritakan apa yang berlaku terhadap anaknya, Rosilawati mendakwa, anaknya mengalami cirit birit pada 5 Februari dan dibawa ke ke HRPZ II sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

"Anak saya kemudiannya semakin sembuh pada 8 Februari menyebabkan dia dipindahkan ke wad biasa. Ketika berada di wad berkenaan, doktor meminta saya menukar susu anak yang dibekalkan pihak hospital dengan alasan anak saya mengalami alahan.

"Saya dapati tarikh luput pada tin susu berkenaan bertarikh 12 Februari iaitu hampir tamat. Malah, ketika saya membancuh susu berkenaan, ia meragukan seolah-olah sudah basi.

"Apabila saya bertanyakan kepada doktor yang merawat anak berkaitan isu itu, doktor memaklumkan susu itu masih boleh digunakan sekiranya ia belum berkulat," katanya yang tampil membuat laporan polis pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, anaknya kembali tidak sihat selepas beberapa hari sebelum diberi ubat tidur tanpa kebenaran.

"Pada masa sama, anaknya perlu berpuasa selama lima hari bermula 15 Februari dengan alasan perut anak perlu direhatkan sehingga menyebabkan anaknya sering menangis kelaparan.

"Disebabkan tidak berpuas hati, saya berurusan dengan pihak hospital untuk memindahkan anak ke hospital lain, namun tidak dibenarkan sebelum anaknya mengalami demam panas.

"Pada tengahari 18 Februari, saya sempat membuat panggilan video dengan kakak yang menjaga anak dan ketika itu saya melihat anak menangis dengan muka yang lemah sebelum disahkan meninggal dunia jam 4.30 petang pada hari berkenaan," katanya.

Beliau berkata, hancur luluh hatinya mengenangkan apa yang terjadi terhadap anaknya yang baru berusia dua bulan dengan luka pembedahan yang dia alami ketika bersalin pun belum lagi sembuh.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Kelantan akan menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap semua pihak yang terbabit berhubung kematian bayi berusia dua bulan Jumaat lalu, yang didakwa berlaku kecuaian ketika menerima rawatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-2-2022 02:52 PM
Apsal takda komen? Suma husnuzon?
Quote mamajawie 24-2-2022 02:53 PM
saman jangan x saman..ingat senang ke nak dapat anak??walaupun saman tu takkan kembalikan nyawa baby tu tapi tu sebagai pengajaran so lepas ni pihak spital jangan culas bab keje..tau skang ni tengah covid tapi please be responsible
Quote noor2 24-2-2022 02:54 PM
Ni kalau pihak kerajaan menang jugak kes aku mmg tepuk dahi...

Moga saman ratus2 juta pada kerajaan ni
Quote Trumpettt 24-2-2022 02:56 PM
Saman... fight for your rights
Quote anony-mous 24-2-2022 02:58 PM
Kes ni mmg i berpihak pd parent. Dia siap dah sign surat klau apa2 jd dia tggung asalkan ank dia boleg dirawat dekat hospital lain. Tp hospital yg ni xnk bg lepas. Klau aku mau je aku bakar doc tu.
Quote edoraixora 24-2-2022 02:59 PM
Edited by edoraixora at 24-2-2022 03:00 PM

Doktor soh bagi jugak susu asalkan belum berkulat?
Aiiii amik mudah betul doktor ni ye

Apesal punva kematian lepas 2 bulan baru tau
Macam something is not rite je
Quote ladybugz 24-2-2022 03:01 PM
oh.. tolong la saman n polis investigate dgn betul2. pernah nampak sendiri, nurse suapkan air susu ke mulut bayi dgn sangat kasar sampai nampak baby yg baru lahir tu seolah gasping for air sbb disumbat air susu dgn sgt kasar.
Quote ninnamina 24-2-2022 03:02 PM
ya Allah kesiannya. kene 5 hari berpuasa.. kalau baby yang sihat pun selang 4jam dah nak menyusu ni kan pulak kene 5 hari x susu..
Quote felinecat 24-2-2022 03:07 PM
Aduii kesianya
Quote LoveSungmin 24-2-2022 03:16 PM
baby minum susu je kot.. kalau puasa susu memang kelaparan la.. kesiannya
Quote syamzana 24-2-2022 03:29 PM
baru tgk kat news awani td. keji ye tindakan doctor tu pastu parents mintak punca kematiab haram sampai skg tak bagi. dah tnya susu tu ok ke tak blh plak ckp susu yg hospital bagi tak sama mcm beli kat luar. guna la susu tu 9hb smpai 14hb (expired doh time ni).
sila saman!!!! ko igt semua org senang ke nak dpt anak?
Quote lasagnaklcc 24-2-2022 03:39 PM
Please fight.

Tapi waktu doctor suruh tukar susu dia sempat tukar tak? Sbb hosp skrg mmg cut cost je semua. Selagi blh pakai dia pakai. Tak cukup brg/ubat suruh keluarga pesakit beli and hantar.
Quote OyaTonggek 24-2-2022 03:45 PM
saman!!! biar jadi pengajaran. Bukan sekali kes mcm lepas...dh berkali! Asik depa je menang..choiii
Quote Nurul8001 24-2-2022 03:46 PM
Edited by Nurul8001 at 24-2-2022 03:52 PM

Kalau puasa, baby makan apa? Bukankah umur 2 bulan cuma boleh masuk susu je?
Kalau meninggal sebab tak makan, mcm
mana?

Dokotor zaman sekarang ni, semua tu memang layak ke? Bukan sebelum ni ada lambakan graduan ke? Graduate ntah dari mana2, lepas tu jadi dokotor. Sedangkan dokotor senior yg kerja kat klinik kesihatan, diiktiraf pakar, kekadang gelabah tetek, bila ada kes yg jarang2 terjadi, lagi pulak dokotor junior

Ramai je doktor yg berkaliber, dan cekap. Tapi, parents ni diuji jumpa dokotor yg xxxxx
Quote LemangGoreng 24-2-2022 03:47 PM
Budak 2 bulan nk puase mcm mane. Dh mmg makanan die susu
Quote Firenzza 24-2-2022 03:51 PM
dua_chzy replied at 24-2-2022 02:52 PM
Apsal takda komen? Suma husnuzon?

Jangan sis ....nti duta beksin khutbah pjg.....sblm ni dh brp byk kes mcm ni, korang baca statistik...keykeem tu suci murni
Quote Firenzza 24-2-2022 03:56 PM
Nurul8001 replied at 24-2-2022 03:46 PM
Kalau puasa, baby makan apa? Bukankah umur 2 bulan cuma boleh masuk susu je?
Kalau meninggal sebab t ...

Kannn...tu sbb ramai self proclaimed jd pakar, lebih2 lagi kobit19, sekejap2 buat statement psl beksin la, walhal kobit baru 2 tahun, tu pun doktor 1 dunia tgh gelebeh tetek x tau ubat apa nk bagi, sampai kt malaya tup2 ramai yg ngaku pakar serbatau siap menganjeng pun ada, tu blm duta beksin bagi sepatah 2 kata lagi
Quote namieamuro 24-2-2022 03:56 PM
baby 2 bln bole ek bg ubat tidur? lps tu lame benar kene puasa. org besa pn kalau nk operate pn, kne puasa brp jam sblm operate.

sesape yg mmg bidang ni meh la explain. musykil i bile baby besar tu kne puasa. lame pulak tu. dh la sumber mknn pn susu je kan? ke ade drip ape2 masok dlm bdn.
Quote Skuau 24-2-2022 03:56 PM
pihak tertentu amik mudah...selalunya melibatkan 'orng kampung yg terima jer ckp mereka dan redha'.Semoga tuk kes kali ini siasatan sepatutnya dibuat.

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054770 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top