CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MAEPS Tambah Katil, Ramai Dah Risau Tak Boleh Raya

24-2-2022 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2006| Komen: 6

Petaling Jaya – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dalam proses penyusunan kemudahan yang diperlukan di dalam Dewan A.


Ia bertujuan bagi menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 ekoran peningkatan jumlah jangkitan yang semakin tinggi ketika ini.

Perkara itu disahkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dalam satu hantaran di Facebook hari ini.


Foto: Kosmo

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai melahirkan kebimbangan susulan lonjakan kes serta pembukaan semula PKRC MAEPS Serdang yang memberi gambaran buruk terhadap sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini.


Rata-rata daripada mereka telah membuat persiapan awal dengan menempah kuih-muih serta baju raya selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas ini.

“Kuih raya dah tempah, baju dah tempah, akhirnya simpan dalam almari, duduk rumah menangis bucu katil tak dapat sambut raya di kampung, kes harian masih berpuluh ribu setiap hari,” luah Muhamad Faizul.

“Janganlah sejarah lama berulang lagi, sambut raya secara dalam talian dengan keluarga. Nak menangis macam ini, tolong semua jaga diri,” ujar Hayati Saad.


Foto: Kosmo

Lebih menarik perhatian, apabila ada pengguna yang mula memberi ucapan hari raya sebagai persediaan sekiranya tidak dapat bertemu pada sambutan akan datang.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua kenalan,” ucap Muhamad Shafiq Dolmala.

Terdahulu, PKRC MAEPS Serdang dilaporkan telah ditutup bermula 8 Februari lalu.

Namun, penutupannya itu tidak sampai tempoh sebulan dan dijangka akan beroperasi semula. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-2-2022 02:33 PM
Umpama denggi jah cobid wuhan ni
Quote elzy 24-2-2022 02:39 PM
Office I dah isytihar endemic.. Pandai-pandai jaga diri kata big boss
Quote jari10 24-2-2022 02:42 PM
elzy replied at 24-2-2022 02:39 PM
Office I dah isytihar endemic.. Pandai-pandai jaga diri kata big boss

Woww advanceeee
Quote Artemesiaa 24-2-2022 04:15 PM
Bukan tambah katil tapi susun semula beberapa minggu lalu kan theols dah gigih simpan semua dan umum tutup.  Tup2 minggu ni kena pasang semula jadinya.
Quote mawarkhayalan99 24-2-2022 04:23 PM
get ready jela semua. selamat hari raya maaf zahir dan batin in advance
Quote bulalof 24-2-2022 04:45 PM
skrg kan cat 1 & 2 pun nak dihantar ke sana. kejap kata quarantine sendiri. kejap suruh ke sana.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.130234 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top