Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan sebuah kenyataan di laman media sosial Facebook untuk memaklumkan penemuan bakteria yang ditemui di dalam susu formula bayi oleh Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan di Amerika Syarikat. Difahamkan, mereka telah menemui bakteria jenis Cronobacter Sakazakii dan Salmonella Newport dalam susu formula bayi keluaran Abbott Nutrition's Sturgis. Bakteria jenis Cronobacter Sakazakii boleh hidup di persekitaran yang kering seperti dalam formula susu bayi dan boleh menjadi punca penyakit seperti meningitis atau sepsis.
Loading FB Post... Sementara itu, gegala untuk bayi yang mengambil susu formula tercemar itu adalah demam, kelesuan dan tiada selera. Tambahan pula, hasil siasatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati hanya dua produk susu formula bayi yang terlibat iaitu Human Milk Fortifier (0.9x50 sachets) dengan nombor kumpulan yang dimulai dengan digit 22 hingga 37 pada kodbar di bekas bernombor K8, Z2 atau SH dan tarikh luput 1.4.2022 dan alimentum (400g). KKM telah membuat tindakan untuk menolak produk itu serta-merta di semua pintu masuk negara ini. -CARI |
Cekgushilla: Pg td dgr berita tak sempat dg ...
Cekgushilla replied at 24-2-2022 03:43 PM
Pg td dgr berita tak sempat dgr jenis susu,so aku google ok la susu anak aku tak terlibat.
Harap yg ...
Nham22 replied at 24-2-2022 06:25 PM
Ni mesti banyak kes baby pra matang meninggal dunia sbb jangkitan virus tu... Baby pra matang se elo ...
ADVERTISEMENT