CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perut Pesakit Kanser Membesar Sebab Ada Iblis Dalam Badan, Kata Bomoh

24-2-2022 01:03 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1732| Komen: 5|Original author: Agent13k

Seorang suri rumah yang tidak percaya kata-kata bomoh telah menyelamatkan nyawanya apabila dia bebas dari kanser usus tahap 4 pada tahun 2019. 

Wanita yang dikenali sebagai Suria yang berusia 44 tahun menceritakan tentang dia mendapatkan rawatan bomoh hampir setiap bulan sejak dia menghidap penyakit itu.

kredit foto: SuaraMerdeka

Petikan dari Kosmo, Suria yang mengalami masalah membuang air besar yang menyebabkan perutnya membesar dan bomoh memberitahu Suria yang dia terkena dengan buatan orang yang sebenarnya ditujukan kepada orang lain.

Selain itu, bomoh itu berkata ada iblis di dalam badan Suria.

kredit foto: SinarHarian


Difahamkan, bomoh yang membaca ayat-ayat tertentu dan meminta Suria berpantang memakai barang kemas kerana ia boleh membuat penyakitnya menjadi lebih teruk, tetapi Suria mula meragui dengan bomoh itu.

Kemudiannya Suria membuat keputusan untuk tidak mempercayai bomoh itu dan meneruskan perubatan di hospital.

Kredit foto: Mstar

Selepas menjalani pembedahan membuang usus dan buat kemoterapi 8 kali, Suria semakin sihat.

 Pesakit kanser payudara, Aini Mohamad juga berkata dia pernah tertipu dengan masyarakat sekelilingnya yang selalu memujuknya untuk mencuba pelbagai jenis produk kesihatan.

kredit foto: Chemotherapy for America

Menurutnya, Aini telah mencuba pelbagai produk dari puluhan ringgit ke ratusan ringgit sehingga habis duit simpanan kerana Aini takut mati, baginya ia tidak berkesan dan itu adalah tindakan sia-sia. 

Aini telah berhenti mengambil produk kesihatan dan menerima rawatan lanjut di hospital. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 24-2-2022 01:14 PM
Teringat dekat ada sorang makcik ni, makan muntah makan muntah, perut jadi buncit. Orang2 dan jiran dia tu orang kampung jadi deorang asyik kata dia kena buatan orang pergi hospital pun tak dapat kesan lagi sakit dia, rupanya sakit colon macamni jugak la. Perut jadi buncit, makan asyik muntah. Tapi orangnya dah takde dah rasanya
Quote shernazz 24-2-2022 01:22 PM
Baru je kawan iols.cite tadi
Dia.kepala.pusing2..
Katanya ada benda ganggu..

Quote Thunderclouds 24-2-2022 03:07 PM
Suku sakat PIL jenis kuat bbomoh. Tiap2 kali sakit mmg ratip buatan org tu lah. Pasal tok moh diagnose mcm tuh. Air jampi tu bsusun yg wat minom,wat mandi yada3. Tp bila dh mninggal,kt sijil mati tulis kanser. Kalo bukan rahim,usus. Xsalah nk ikhtiar pakai bomoh/rawatan islam,tp biar la kna ngn tempat.
Quote Adrif 24-2-2022 08:38 PM
berapa ramai la bomoh dah bunuh orang.. kata sihat la, dah buang setan..

tup tup, sok lusa, arwah terus orang tu.. sebab percayakan bomoh dah baik sakit
Quote jas7512 25-2-2022 09:49 PM
I klu org kata buatan org..i kata je buatan diri sendiri..ini utk i lah...sbb mkn x pantang....suka mkn benda2 berangin..mmg kembunglah perut...huhu...tapi mknan kita mmg byk pun yg berangin mcm sayur pucuk paku..terung..kangkung etc tapi itu yg sdp mkn..huhuhu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.655543 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top