CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sami Buddha Buat Ritual Pelik 'Halau' Covid-19

24-2-2022 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1271| Komen: 3

Bangkok: Beberapa sami Buddha di wilayah Suphan Buri, Thailand melakukan ritual pelik dengan mengadakan upacara pengebumian untuk sebuah orang-orangan sawah bernama ‘Covid Omicron’ di sebuah kuil di negara itu.


Penduduk tempatan percaya upacara tersebut mampu membantu menangkis ‘kuasa jahat’, iaitu pandemik Covid-19.

Lapor Thethaiger.com, penduduk berasa takut dan bimbang dengan penularan Covid-19 dalam komuniti mereka sehingga sanggup mencuba segala cara untuk membendung jangkitan virus itu.

Selain memakai pelitup muka dan mengambil suntikan vaksin, sami Buddha dan penduduk wilayah itu mengadakan upacara pelik tersebut dengan andaian Covid-19 akan ‘lenyap’ daripada hidup mereka untuk selama-lamanya.

Foto: IG


Pada upacara pengebumian berlangsung di kuil Pai Kaek, Thailand di mana sami Buddha dan penduduk meletakkan orang-orangan jerami yang dipakaikan pakaian seperti manusia di dalam sebuah keranda.

“Mereka menamakan orang-orangan sawah berusia dua tahun itu sebagai Covid Omicron.

“Umurnya berdasarkan tempoh pandemik bermula dan tarikh lahirnya adalah pada Disember 2019,” jelas laporan itu.

Majlis pengebumian orang-orangan sawah itu diadakan mengikut upacara tradisi Buddha.

“Orang-orangan sawah itu diletakkan dalam keranda serta sami Buddha membacakan mantera dan doa.

“Akhirnya keranda itu dihantar ke tempat pembakaran mayat untuk dibakar,” jelas laporan tersebut.

Mengikut kepercayaan tradisi, upacara itu akan membantu menghalau roh jahat atau nasib malang. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 24-2-2022 02:45 PM

Bangkok: Beberapa sami Buddha di wilayah Suphan Buri, Thailand melakukan ritual pelik dengan mengadakan upacara pengebumian untuk sebuah orang-orangan sawah bernama ‘Covid Omicron’ di sebuah kuil di negara itu.



Penduduk tempatan percaya upacara tersebut mampu membantu menangkis ‘kuasa jahat’, iaitu pandemik Covid-19.
Quote Simunggu 24-2-2022 02:46 PM
di malaysia sudah kena kutuk mcm bomoh kelapa tu
Quote rospinki 25-2-2022 10:26 AM
nee pah-sai riak wah arai??

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.037408 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top