CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Lelaki Biadab Pijak Replika Kanak-Kanak Kebuluran Undang Kemarahan Ramai!

24-2-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3740| Komen: 42

Adab tidak mengenal usia atau latar belakang.

Sama ada anda tua, muda, miskin, kaya atau berpangkat sekali pun, adab patut menjadi teras dalam diri seseorang manusia.


Seorang wanita memuat naik satu tangkap layar dari posting Instagram yang tular di akaun Twitter miliknya, memaparkan dua lelaki melakukan aksi dianggap biadab di sebuah muzium.


Menerusi gambar tular tersebut, kedua-dua mereka sedang ‘memijak’ replika kanak-kanak sedang kelaparan yang dipamerkan di Wonderfood Museum, Pulau Pinang seolah-olah menghina dan tidak sensitif dengan mesej keinsafan yang mahu disampaikan menerusi pameran itu.


“Inilah yang saya maksudkan tentang kurang rasa belas kasihan. Orang ni betul-betul post benda tak baik seperti ini di Instagram. Bagaimana boleh terfikir nak lakukan perkara seperti ini di pameran tentang kanak-kanak kelaparan?! Macam mana benda ni boleh dijadikan bahan lawak?! Kadang-kadang orang Malaysia sangat membuatkan saya gerun,” tweet wanita berkenaan sambil berkongsi gambar tidak sensitif tersebut.



Sehingga kini perkongsian tersebut meraih ribuan retweet dan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan dua lelaki itu.

Selain itu, netizen juga turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bermoral yang ditunjukkan oleh dua lelaki tersebut yang mana salah seorang daripadanya dipercayai sudah bergelar bapa berdasarkan apa yang ditulis di ruangan komen.

“Lebih teruk lagi, dia seorang bapa kepada dua orang anak. Saya kesiankan si isteri kerana terpaksa membesarkan keturunannya.

“Alangkah malunya 100 kali bagi seorang lelaki yang mempunyai anak untuk melakukan perbuatan yang tidak berperasaan dan tidak matang itu. Sekurang-kurangnya, dia patut berfikir jika kanak-kanak replika itu adalah anaknya yang bernasib malang, tidakkah dia akan marah? Tidakkah dia fikir anak-anaknya juga patut dikasihani orang lain?” demikian antara komen netizen yang sama sekali tidak dapat menerima perbuatan dua individu ini.

Add Image Caption Here


Pameran Wonderfood Museum ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang isu penting mengenai kanak-kanak yang kebuluran.

Satu tweet balas kepada posting asal menyatakan bahawa replika yang menjadi 'bahan mainan' tersebut merupakan inspirasi daripada satu gambar asal kanak-kanak kebuluran di Korea Utara.

“Orang lain melihat replika itu untuk muhasabah diri dalam beberapa perkara, tetapi dia melihatnya sebagai satu jenaka siap buat aksi pijak/sepak? Meow (kucing) pun tak berani nak halau apatah lagi kanak-kanak kelaparan. Korang buat lawak je?” luah seorang netizen.




Sementara itu, individu yang memuat naik gambar tersebut di Instagram dengan kapsyen “Suck it” ini telah menetapkan akaun Twitter dan Instagram miliknya kepada mod privasi selepas mendapat kecaman teruk daripada netizen.

Jelas sekali sikap tidak sensitif atas kesengsaraan orang lain itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi dikongsi secara terbuka untuk tontonan awam.

Kesimpulannya, amalan tidak bermoral ini bukanlah fitrah, sebaliknya ia merupakan pilihan setiap individu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-2-2022 11:41 AM
Gay sundel bolong kelahiran negeri mana ni?
Quote dua_chzy 24-2-2022 11:42 AM
Tapi memang wujud manusia inhumane sebegini.
Quote pooh~key 24-2-2022 11:42 AM
Nasib baiklah masa akak bergambar kat muzium ni hari tu dengan gaya bukak zip seluar akak dan tala ke muka budak tu tak diviralkan oleh ummah bangsatwan twitterian dekkkkk…. Kalau tak famous dah akak kena kecam dekkkk!
Quote jari10 24-2-2022 11:43 AM
Kalau dah bodoh..
Biadap giler! Tengok kasut mamat yg pakai shirt warna merah tu..nak pijak makanan itukah? Yes replika..tapi nilai dan aksi yg kau tunjuk tu!
Quote seri_mawr 24-2-2022 11:50 AM
x sensitif langsung...semua benda nak jadi bahan lawak/ suka2...

kot otak ko jenis gila2 sekali pun.. x beragak nak gila2 kan perangai kat replika gitu...
Quote Artemesiaa 24-2-2022 11:54 AM
Ramai je berperangai macam ni sekarang dah hilang sifat kasihan belas sopan santunnya
Quote asamfish 24-2-2022 12:00 PM
They are so sick!
Quote Herlina 24-2-2022 12:11 PM
Tak diuji dengan kemiskinan/kepapaan boleh la korang berbangga buat mcm ni.
Semoga keturunan korang tak diuji mcm 'budak' tu di kemudian hari.
Quote noor2 24-2-2022 12:16 PM
Elok viral kat satu dunia...biar kena bunuh...
Quote babelina 24-2-2022 12:32 PM
memalukan..mmg x beradap namanya..
semua pn ko nk jdkn bahan gelak tawa..
tgk replika tu pn terasa sedih.. rs insaf ..rs syukur ngn apa yg kita ada.. cmna la korg nie..
Quote dudaberhias 24-2-2022 12:33 PM
Tak boleh ambil gambar elok2 ke
Ni mat rempit jenis acah2 hipster la selalunya.
Quote cikatilia 24-2-2022 12:42 PM
mcm jahanam perangai
Quote pooh~key 24-2-2022 01:56 PM


Joke aside sistah, kalau chuols pergi melawat penang, datang la ke wonderfood museum ini sis! Worth it la untuk chuol2 yang kepam itteww bergambar sistah...
Quote pooh~key 24-2-2022 01:57 PM
Quote pooh~key 24-2-2022 01:58 PM
Quote pooh~key 24-2-2022 01:59 PM
Quote pooh~key 24-2-2022 02:01 PM
Quote pooh~key 24-2-2022 02:02 PM
Quote pooh~key 24-2-2022 02:03 PM

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055575 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top