CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Setahun Diserang Lima Anjing Pitbul- Kulit Muka Koyak, Sampai Nampak Tengkorak

24-2-2022 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2112| Komen: 18

Spencer, Oklahoma – Seorang bayi berumur setahun di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat sedang  bertarung dengan nyawa selepas diserang oleh lima ekor anjing jenis pitbul ketika dia bermain di sebuah taman, lapor akhbar Mirror UK.


Bayi yang hanya dikenali sebagai J. J. Rodriguez itu dilaporkan mengalami kecederaan teruk pada wajahnya sehingga terkoyak selain tengkoraknya turut dapat dilihat.

“Rahangnya terkoyak dan giginya juga tercabut,” kata bapa bayi itu.

Foto: Mirror UK

Sementara itu, Pejabat Sherif Daerah Oklahoma dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut yang berlaku pada petang Ahad lalu.


“Pasukan polis menerima panggilan sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) dari sebuah rumah, dan sejurus anggota-anggota kami tiba, seorang bayi setahun dilihat mengalami beberapa kecederaan serius.

“Bayi berkenaan dibawa ke hospital dan seekor anjing terbabit telah ditangkap. Bayi itu tidak tinggal di rumah tersebut, sebaliknya  dia bersama jirannya,” kata kenyataan polis.

Tambah polis, pihaknya ada menerima beberapa aduan mengenai rumah tersebut termasuk  dakwaan yang menyatakan bahawa beberapa ekor anjing pitbul yang dipelihara oleh penghuninya  dilihat berkeliaran.

“Di Oklahoma, pemilik anjing perlu mengawal haiwan peliharaan mereka,” tambah polis.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada empat ekor anjing lain juga telah ditangkap. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 24-2-2022 10:49 AM
pitbul ni antara anjing yg diharamkan memasuki malaysia...kalau terjumpa, sila tembak atau bunuh
Quote Artemesiaa 24-2-2022 11:42 AM
Siap ler tuan punya anjing nak kena menjawab
Quote aHoi83 24-2-2022 12:28 PM
Jenis pitbull ni mcm tak sesuai jd binatang peliharaan. Ambik aje la anjing2 tak bertuan di malaysia ni
Quote n3ar 24-2-2022 01:07 PM
sebab tu kt malaysia ni patut kasi padam jer anjing2 liar & anjing yg owner tak reti nk jaga
Quote dudaberhias 24-2-2022 01:10 PM
Bukan ke kat sana pun tak boleh bela ke pitbull ni baka anjing ni untuk jaga kambing kan dulu2.
Quote shernazz 24-2-2022 01:23 PM
U know i want u
I know u want me
Quote darkness 24-2-2022 01:39 PM
Mengerikan...
Quote Supersirap 24-2-2022 02:13 PM
Kasihannya kanak-kanak ni, semoga mendapat pembelaan yang sewajarnya
Quote musangbodoh 24-2-2022 02:41 PM
jenis anjing sekali gigit x lepas...mmg koyak lah
Quote KamikuP 24-2-2022 03:18 PM
That is why i hate dogs so much
Quote faraway1 24-2-2022 06:45 PM
Pittbull, kalau ada orang tanya nak sewa apartment dan bagitau ada pittbull, memang tidaklah....


Takut...
Quote zacharycole 24-2-2022 07:23 PM
Kesiannya la kecik lg
Quote Dwdrum 24-2-2022 07:25 PM
Anjing pitbull jika di jaga elok dan well trained akan seperti kucing saja... Depa sayang budak... If dapat owner teruk... Anjing ikut owner
Quote sweetrevenge16 24-2-2022 11:56 PM
Sian nya baby ni
Quote Nham22 25-2-2022 10:25 AM
Anjing ni klu die dah gigit... Mmg payahlah nak lepaskan gigitan die... Simbah air pon die tahan lg...
Quote midori_katana 25-2-2022 10:30 AM
GOOGLE TGK PITTBULL NI... HUIIIHH.. KUSS SEMANGAT.. NGERI...
Quote shy79 25-2-2022 10:52 AM
giler 5 ekor kot..
sekor gigit org dewasa pun x terlawan..
mcm kes kt melaka dulu..
inikan 5 ekor gigit baby umur setahun pulak
Quote sharlenetexas 25-2-2022 11:40 AM
Seriau tgk wayar berselirat satu badan. Kalau umur panjang, mungkin trauma dan sakit fizikal. Mcm kawan iols diserang pittbull, sampai sekarang ptsd. Lengan patah masuk besi. Kesannya lengan jadi terketar2 dan tak boleh angkat barang berat.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.039634 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top