CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Buat Video, Kecewa Ibu OKU Tak Dapat Bantuan JKM Dan MAIPk- Dah Tular Baru Datang Bantu

24-2-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4864| Komen: 51

Teluk Intan: "Saya berada dalam keadaan sangat terdesak dan buntu sebab itu saya nekad buat video demi emak kerana sudah lama kami menunggu permohonan untuk diluluskan," kata Diwiyana Mohammed.


Diwiyana, 37, meluahkan perasaan kecewanya apabila mendakwa ibunya, Selamah Hamid, 73, yang berstatus orang kurang upaya (OKU) terlantar masih belum mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) seperti video yang tular di media sosial sejak semalam.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, dia terpaksa berbuat demikian selepas buntu untuk mencari wang bagi membeli lampin pakai buang ibunya yang sudah habis dan mereka juga sudah kehabisan wang simpanan.


Katanya, ibunya nyanyuk dan lumpuh serta tidak boleh berjalan sejak enam tahun lalu amat memerlukan lampin pakai buang.

"Saya mempunyai masalah '' teruk dan tekanan perasaan sejak enam tahun lalu dan ikutkan doktor saya tidak sesuai untuk menjaga mak tetapi saya tetap mahu menjaganya kerana adik-beradik lain juga tidak berkemampuan.

"Lampin mak tidak boleh lambat ditukar jika dia membuang air besar, kalau tidak dia akan buka lampin dan main najisnya sendiri.

"Sebab itu saya terdesak dan buntu apabila permohonan bantuan masih belum diterima, saya memang tiada duit, malah dua minggu lalu saya terpaksa pecah tabung duit syiling anak...dapatlah RM16 saja.

"Hanya mereka pernah menjaga orang sakit saja tahu situasi ini," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mentuanya di Parit 1A, Sungai Manik di sini, hari ini.




Diwiyana ditemui ketika ziarah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak yang diketuai Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri.

Diwiyana berkata, sebelum ini dia bersama suami, Taufiq Ikhmal Mohd Yusuf, 25, ibu dan enam anaknya termasuk tiga anak dari perkahwinan terdahulu tinggal di Cheras, Kuala Lumpur sebelum mereka berpindah ke Sungai Manik kira-kira dua tahun lalu.

Menurutnya, dia ada menerima bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan sebagai penjaga ibunya dan mendakwa sebelum berpindah sudah memaklumkan perkara itu kepada jabatan berkenaan.

"Saya hantar borang permohonan baru kepada JKM di sini, selepas berpindah tetapi borang pertama dikatakan hilang dan saya hantar sekali lagi pada Januari lalu tetapi masih belum ada jawapan, manakala permohonan kepada Baitulmal pula dimohon pada bulan ini.

"Saya pindah ke sini dan menumpang di rumah ibu mentua bersama suami, ibu, anak dan adik suami, manakala ibu dan bapa mentua tinggal di rumah berasingan.

"Dengan kehidupan yang semakin sukar susulan pandemik ini dan keadaan diri saya, keluarga mentua minta kami berpindah ke sini sekali gus memudahkan urusan menjaga mak," katanya.



Menurutnya, selepas berpindah dia dan suami yang sebelum ini berkerja sebagai penghantar barang cuba berniaga burger dengan pendapatan harian tidak menentu iaitu antara kira-kira RM20 hingga RM100.

"Alhamdulillah selepas video itu tular, ramai yang membantu kami, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan serta JKM dan Baitulmal juga sudah datang menemui kami untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ahmad Adnan berkata, pihaknya hadir menyantuni dan menyalurkan bantuan berupa keperluan dapur dan lampin pakai buang kepada keluarga Diwiyana selepas videonya tular di media sosial.

Katanya, mereka juga hadir bersama kaunselor dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam IPD Hilir Perak sebagai sokongan kepada Diwiyana.

"Kita prihatin dengan penduduk setempat yang berhadapan masalah dan ini menunjukkan polis dan masyarakat berpisah tiada sekali gus dapat meringankan beban keluarga terbabit," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 24-2-2022 10:39 AM
@CARI-MRO

Udah telat kau Bang, udah dari kemaren ada tritnya lengkap dengan foto dan video lagi.

Update: Diwiyana terima bantuan #27 - VIDEO - "Susah betul nak minta bantuan dengan korang, bila dah viral baru cepat-cepat nak tolong..."
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5024418

Makanya kalau kerja biar rajin dikit lah.
Quote Thunderclouds 24-2-2022 10:56 AM
Sistem gomen gitu lar zmn bzmn. Kadang pakai dispatch antaq by hand pn tetap bole 'hilang'
Quote d_anne04 24-2-2022 11:00 AM
tak faham mcm mana borang boleh 'hilang', kalau x lengkap x blh ke follow up?
Quote Kurex 24-2-2022 11:17 AM
Tak penat ke bugisdoom penduduk sabak bernam ni menyamar jadi indon?
Quote mizruncing 24-2-2022 11:31 AM
sama kes member aku. mak dia hantar borang bg pihak nenek nyaa. siap hantar by hand naik tangga nk ke pejabat tu. siap bg kt staf yg berkenaan lagi. bila lama sangat mak member aku call JKM. katanya borang hilang la ape laa. pdhal hantar byhand kot kt pegawai tu sendiri. sudahnya nasib baik mak member aku ingat nama pegawai tu. terkulat2 pegawai tu menjawab. mcm mana buat keje ntah dorang ni
Quote dubuk 24-2-2022 11:54 AM
mizruncing replied at 24-2-2022 11:31 AM
sama kes member aku. mak dia hantar borang bg pihak nenek nyaa. siap hantar by hand naik tangga nk k ...

yang tu tau dah.. masuk pakai kabel sebab tu bengap

Quote musangbodoh 24-2-2022 02:47 PM
Kita prihatin dengan penduduk setempat yang berhadapan masalah dan ini menunjukkan polis dan masyarakat berpisah tiada sekali gus dapat meringankan beban keluarga terbabit," katanya


ayat paling x bleh blah..............
Quote edoraixora 24-2-2022 03:05 PM
Borang hilang ni alasan tak masuk akal.
Mementang org kg tak belajar tinggi, diayam2 kan jer dek staf gomen tu ye
Quote KamikuP 24-2-2022 03:20 PM
TIPS yaa kalau bagi borang tak kisah le kat gomen ke kat swasta ke buat salinan pastu suruh pihakyg menerima acknowlege receipt aa gitu nak idopp yaachhh
Quote Chairman 24-2-2022 05:26 PM
memang nk kene viral ke baru dtg buat keje? aduyai perangaiii...
Quote Drmu 24-2-2022 06:07 PM
Klau kes kwan iol plk kat negeri P ni lah, nenek dia report kat lah pejabat agama ni sbb anak dia tu masuk ajaran sesat. Tpi pegawai kta bukti xckup. Smpai skg lh anak dia tu join ajrn sesat. Bkn nak siasat ke apa ke.
Klau iol plk, dlu iol nak minta zakat utk bljr ni, tpi ditolak sebab lambat sehari. Iol xtau pun masa tu dah dittp hri sbelumnya. Tpi sbb zakat Kan.. jgn la tolak prmohonan iol itu. Lgi2 hjung bulan dan amat mmrlukan ya. Enthlah..iol rse teraniaya disitu.
Quote haruslah 25-2-2022 02:48 PM
Mesti ade 2 cerita
Quote haruslah 25-2-2022 03:07 PM
Drmu replied at 24-2-2022 06:07 PM
Klau kes kwan iol plk kat negeri P ni lah, nenek dia report kat lah pejabat agama ni sbb anak dia tu ...

Untung la dulu2 tahu pasal zakat utk sambung belajar
Kami dulu x tahu pun boleh mohon zakat utk sambung belajar
Mak siap gi pajak gelang emas sebab nak i belajar matriks
Pegi lapor diri naik bas
Quote asfaz 25-2-2022 04:49 PM
Ini adalah secara ringkas jenis bantuan yang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP kepada beliau semasa tinggal di Cheras. Sebab banyak komen Baitulmal dan Zakat buat apa? Jadi ini pencerahan untuk makluman masyarakat Islam.
Semasa Puan Diwiyana Binti Mohamed tinggal di Cheras dahulu beralamat DA-01-09, Blok Delima Persiaran Baiduri Cheras, beliau telah menerima bantuan Baitulmal MAIWP :

Bantuan Perniagaan pada 1/2013 berjumlah RM2000 one off
Bantuan Kewangan Bulanan 11/2015 – 10/2016 sebulan RM250, jumlah RM3000 untuk setahun(pertukaran nama ketua keluarga kerana berkahwin)
Bantuan Kewangan Bulanan 3/2015 – 2/2016 sebulan RM400, jumlah RM4800 untuk setahun(bantuan atas nama suami Mohd Ashraf bin Adam)

Kemudian telah berkahwin baru dengan Taufiq Iqmal bin Yusof pada 24/11/2015 dan tinggal di Blok 3-4-13 Jalan 2144A, Taman Bukit Cheras. Suami bekerja Mydin dengan pendapatan RM1758.65 sebulan. Kemudian suami beliau berniaga mesin jualan topup ebill dengan pendapatan bersih RM2053 sebulan. Ibunya masih menerima bantuan JKM secara bulanan RM350 dan mendapat rawatan di HUKM.

Bantuan Perniagaan pada 1/2019 berjumlah RM2000 one off (atas nama suami)
Bantuan Am Persekolahan  anak Nur Balqis Alia tahun 2019 RM500, tahun2020 RM600, tahun 2021 RM800, tahun 2022 RM800(tetapi tahun 2022 akan ditahan kerana tiada makluman yang anak anak beliau berpindah sekolah) Beliau juga tidak memaklumkan kepada Baitulmal telah berpindah ke Perak.
Bantuan Peralatan Persekolahan  anak Nur Balqis Alia 12/2020 bernilai RM350 dan 1/2022 bernilai RM350 (tapi akan ditahan kerana telah berpindah ke Perak kerana tiada makluman yang anak berpindah sekolah ke Perak)

Ibunya juga Puan Selamah binti Hamid, penerima Bantuan Kewangan Bulanan pada tahun 2012(tidak dinyatakan kerana rekod lama), tahun 2013 RM200 sebulan, berjumlah RM2400, dan 3/2014 sehingga 2/2015 sebulan RM250, berjumlah RM3000

Jadi, pihak Baitulmal dan Zakat telah bantu mereka sejak lama dahulu sebelum diviralkan dan dibantu oleh Ust Ebit Liew lagi. Kalau masyarakat nak bantu, silakan. Tiada masalah. Cuma semak dahulu sebelum sebar ????. Kerana pemberian wang zakat dan sedekah, tidak sama.

FB_IMG_1645777974386.jpg
Quote clarizsa 25-2-2022 04:58 PM
Thanks to tiktok kan
Bagus sbnarnya tiktok ni
Xtaula knapa ada yg nk mengata komuniti tiktok
Mujur ada zaman viral skrg
Barula si berat punkok bangun buat keja
Teruk betul bg alasan borang hilang bagai
Zakat banyak2 nak simpan kt sapa kalau asyik tercicir je dr dpt kt insan2 yg betul memerlukan mcm kes ni
Quote clarizsa 25-2-2022 05:06 PM
asfaz replied at 25-2-2022 04:49 PM
Ini adalah secara ringkas jenis bantuan yang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP kepada beliau semasa ...

Oh i baru baca komen ni
Hah pulak dah
Selalu camni
Terbongkar lain pulak kisahnyaaa
LoL
Quote asfaz 25-2-2022 05:14 PM
clarizsa replied at 25-2-2022 05:06 PM
Oh i baru baca komen ni
Hah pulak dah
Selalu camni


Baca komen ada tg ckp tiktok pompuan ni pun dah takde
Quote clarizsa 25-2-2022 05:16 PM
asfaz replied at 25-2-2022 05:14 PM
Baca komen ada tg ckp tiktok pompuan ni pun dah takde

Oh ye ke
Kantoi big time ke camna tu
Elok2 prg kesian jadi menyampah pulak ye
Quote haruslah 25-2-2022 05:50 PM
asfaz replied at 25-2-2022 04:49 PM
Ini adalah secara ringkas jenis bantuan yang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP kepada beliau semasa ...

Dpt bantuan dr 2013
Harap2 zakat tetapkan lah tempoh bantuan
Kena ajar dan beljar cara keluar dr kemiskinan
15k utk 8 thn nampak x byk
Tp bila keluar tt seolah2 x penah dpt bantuan
Jadi fitnah kat institusi/org tertentu

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057306 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top