CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susah Nak Dapat, Jadi Rebutan- Lelaki Jadikan Minyak Masak Sebagai Mas Kahwin Untuk Isteri

24-2-2022 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1097| Komen: 6

Surabaya: Mas kahwin biasanya sesuatu yang mewah dan bernilai sebagai hadiah kepada pasangan untuk kenangan perkahwinan.

Sebaliknya, berbeza bagi pasangan pengantin di Ponogoro, Jawa Timur, yang menjadikan minyak masak sebagai mas kahwin.

Akad nikah pasangan yang dikenali sebagai Supadi dan Sumariati itu berlangsung di rumah pengantin perempuan di Desa Suru.

Ketua Pejabat Agama Sooko, Meky Hasan Tachtarudin yang dihubungi, mengesahkan mas kahwin yang diterima pengantin perempuan itu, Selasa lalu.


Foto: Kompas

Minyak masak menjadi pilihan pengantin lelaki kerana bahan masakan itu kini sukar didapati di pasaran.

Sebelum ini, tidak berlaku masalah bekalan minyak masak di daerah berkenaan namun kini menjadi rebutan masyarakat.

Disebabkan itu, minyak masak dijadikan mas kahwin memandangkan bahan mentah itu menjadi keperluan dalam rumah tangga.

"Minyak masak sangat diperlukan dan ia barangan biasa yang besar manfaatnya," kata Meky seperti dilaporkan portal Kompas.

Meky berkata, pengantin perempuan juga menerima mas kahwin wang tunai berjumlah satu juta rupiah (kira-kira RM291).

Suasana majlis pernikahan berlangsung lancar dan pengantin lelaki sebelum ini kematian isterinya beberapa tahun lalu.

"Tetamu dan ahli keluarga berkumpul di pekarangan rumah sebelum majlis menyerahkan mas kahwin berlangsung," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-2-2022 10:10 AM
sila buka cari indonesia

semua berita kopipes dr tt dr sana

Quote darkness 24-2-2022 10:15 AM
Berapa harga sekilo minyak masak sana?
Quote cecari 24-2-2022 10:25 AM
darkness replied at 24-2-2022 10:15 AM
Berapa harga sekilo minyak masak sana?

lol... ingatkan krisis minyak masak ni berlaku di malaysia sahaja .. sbgai pengeluar
Quote darkness 24-2-2022 01:45 PM
cecari replied at 24-2-2022 10:25 AM
lol... ingatkan krisis minyak masak ni berlaku di malaysia sahaja .. sbgai pengeluar

Kalo tak silap, indonesia ni pun negara pegeluar jgk
Quote Artemesiaa 24-2-2022 01:48 PM
Ok ler tu dapat minyak masak dan wang tunai juga
Quote KamikuP 24-2-2022 03:21 PM
mohon buka url www.cari.com.id utk berita sensasi seberang yaach

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.037891 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top