CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Berhalusinasi Cuba Bunuh Diri Di Bangunan Ibu Pejabat Polis

24-2-2022 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1038| Komen: 5

Sungai Petani – Seorang lelaki diselamatkan anggota bomba daripada cubaan membunuh diri di tingkat lima bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit dilihat berdiri di atas bangunan tersebut dan dipercayai mahu terjun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd. Rahman berkata, kejadian dimaklumkan petugas pondok pos pengawal IPD Kuala Muda pada pukul 4.45 petang.

Kosmo

“Kita terus menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani untuk bantuan.

“Pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.10 petang dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memujuk lelaki tersebut seterusnya dibawa turun dengan selamat,” katanya di sini hari ini.


Katanya, hasil semakan mendapati individu yang bekerja sebagai pengutip tin itu membuat laporan mendakwa dia diekori lelaki tidak dikenali di IPD Kuala Muda pada pukul 1.10 pagi hari sama.

“Siasatan awal mendapati suspek mengalami halusinasi dan didapati kurang siuman,” ujarnya.

Menurutnya, suspek didapati naik ke atas bumbung bangunan melalui pintu besi penghubung bumbung yang tidak berkunci kerana terdapat kerja-kerja penyelengaraan bumbung bocor.

“Lelaki terbabit dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-2-2022 10:12 AM
mudah nya kena ceroboh
igtkn opis mn lh td


Quote prince_marhaen 24-2-2022 10:15 AM
balai polis pun boleh lolos begitu...hmm
Quote Artemesiaa 24-2-2022 10:35 AM
Tetap abam bomba jugak yang kena datang tolong
Quote babelina 24-2-2022 11:44 AM
org x btl jer berani masuk.. klau yg mcm kita2 nie.. klau xde hal mmg x la nk kesana..
Quote Mamidingdong 24-2-2022 11:52 AM
Mcm mana boleh masuk dalam balai tu, takkan tak selisih dgn org2 kat dalam tu?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.036537 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top