Seorang ibu digemparkan dengan anak perempuannya ditinggalkan bersendirian di dalam taska. Ketika kejadian, Stephanie Martinez mahu menjemput anaknya berusia dua tahun, Anastasia dari sebuah taska di Florida di Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, pintu berkunci dan lampu dimatikan sebaik dia tiba di taska berkenaan. Dia kemudian menghubungi ibu saudara Anastacia, Samantha Scaramellino yang memberitahu dia tidak menjemput kanak-kanak itu. "Saya mula ketuk, mengetuk setiap tingkap. Saya tak dapat melihat apa-apa kerana semuanya gelap.
"Akhirnya, saya dapat mendengar suara anak dan dia muncul di tingkap kecil," katanya. Stephanie terpaksa menghubungi bomba bagi membantu mengeluarkan anaknya berikutan tidak dapat menghubungi mana-mana pihak taska. Wanita itu mendapati dua pekerja taska telah meninggalkan premis pada pukul 6.20 petang, kira-kira lapan minit sebelum ketibaannya. Susulan kejadian itu, kedua-dua pekerja terbabit digantung tugas sementara siasatan dijalankan. Taska berkenaan dalam satu kenyataan berkata: "Tiada apa yang lebih penting bagi kami daripada keselamatan kanak-kanak dalam jagaan kami. "Walaupun kami bersyukur kanak-kanak itu segera ditemui dan selamat, kejadian ini tidak sepatutnya berlaku." Dalam pada itu, peguam Stephanie, Mark DiCowden mengesahkan anak guamnya memfailkan saman terhadap syarikat itu bagi memastikan kejadian seumpamanya tidak berulang. -CARI Sumber: mStar/ Metro
|
mijot replied at 24-2-2022 01:45 PM
kena cek banyak kali kalau melibatkan budak2
shernazz replied at 24-2-2022 01:26 PM
Mesti budak tu takut..
Budak2.umo gini kekadang suka.main sorok2.kan.
Pekerja.igt semua dah takdak.. ...
ADVERTISEMENT