Padi merupakan tanaman yang amat sensitif dengan tahap pH dan ianya akan mati jika diberikan bekalan air masin, tetapi para saintis di China berjaya membuat baka padi kalis air masin dan air beralkali. Menurut Amanz yang memetik Bloomberg, mereka telah melakukan ujian di Tianjian, kawasan berhampiran laut. Sebanyak 4.6 tan metrik beras dapat dituai untuk setiap ekar dan ia adalah lebih tinggi berbanding purata pengeluaran beras biasa di China. Difahamkan, baka padi itu dibangunkan Yuan Longping yang mendapat gelaran "bapa beras hibrid" di China. Dia berjaya menanam padi air masin di UAE pada tahun 2018 dengan projek rintis dengan sasaran 10% permukaan UAE akan ditanam padi. Di Malaysia pula, mereka telah mencipta baka padi tahan banjir dan padi yang boleh ditanam beberapa kali setahun termasuk di luar musim.
Lebih-lebih lagi, China memerlukan import dari Rusia dan Amerika Syarikat untuk keperluan gandum tetapi tekanan perang perdangangan, ketidakstabilan kuasa politik memaksa pengeluar beras tempatan mempertingkatkan hasil supaya tidak bergantung kepada negara luar. - CARI |
ADVERTISEMENT