CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dendam Dengan Ibu Bapa Sebab Jual Burung, Anak Yang Kena Rogol Dan Bunuh

23-2-2022 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2167| Komen: 6

Kalimantan Timur: Kes pembunuhan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur mendapat perhatian pelbagai pihak dan disifatkan ‘tidak berperikemanusiaan’.


Ketua Polis Samboja, Adyama Baruna berkata, mangsa dibunuh dan dirogol oleh suspek berusia 37 tahun.

Katanya, suspek mengakui membunuh mangsa kerana menyimpan dendam dengan ibu bapanya.


Foto: Agensi

“Polis masih menyiasat kes ini dan suspek menceritakan dia berdendam dengan orang tua mangsa kerana mereka menjual burung peliharaannya.

“Sebelum ini, suspek pernah menjual sejumlah duit dengan ibu bapa mangsa dengan menjadikan burung peliharaannya sebagai cagaran.

”Selepas membayar hutangnya, suspek minta burungnya dikembalikan, namun ibu bapa mangsa sudah menjualnya,” kata Adyama seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Adyama juga memaklumkan, mayat mangsa ditemukan tidak jauh dari rumahnya dengan kepala berlumuran darah kerana dipukul dengan kayu oleh suspek.

Polis memaklumkan, selepas memukul kepala mangsa, suspek yang juga merupakan jirannya menyeret badan mangsa dan merogolnya.

Mayat mangsa ditemukan selepas ibu bapanya bersama penduduk setempat mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sebelum membuat laporan polis.

Suspek turut berpura-pura menyertai penduduk kampung mencari suspek.

Dengan bantuan polis, mayat mangsa ditemukan tertanam dalam tanah berlumpur yang digenangi air, kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Kemudian, polis mengambil keterangan penduduk kampung berserta ibu bapa mangsa dan suspek.

Selepas melakukan siasatan, suspek kemudiannya mengaku membunuh mangsa dan merogol mayatnya.

Sementara itu, polis akan meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 23-2-2022 04:14 PM

Kalimantan Timur: Kes pembunuhan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur mendapat perhatian pelbagai pihak dan disifatkan ‘tidak berperikemanusiaan’.

Ketua Polis Samboja, Adyama Baruna berkata, mangsa dibunuh dan dirogol oleh suspek berusia 37 tahun.
Quote Artemesiaa 23-2-2022 06:00 PM
Kejamnya perbuatan masaalah orang tua janganlah libatkan anak2
Quote umbut 23-2-2022 06:33 PM
Ada dadih tak.. Kes2 sebelum ni dadih ni memang kaki dendam. Pastu lepas kat anak mcm 2 kes kat johor dulu.
Quote Suchi 23-2-2022 06:40 PM
Apa jahat sangat ni
Quote hareeeesah 23-2-2022 10:57 PM
Siap boleh join org kampung acah tlg cari.. kejamnya.. kesiannya bdk tu x bersalah
Quote slyfynx 23-2-2022 11:25 PM
“Sebelum ini, suspek pernah menjual sejumlah duit dengan ibu bapa mangsa dengan menjadikan burung peliharaannya sebagai cagaran.


Awat ayat mcm orang mereng ni.
Tau la berita seberang, tp ape jadahnye menjual sejumlah duit?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.135454 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top