CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Politik Panggil Raja Bomoh Datang Untuk Pagar Johor Daripada Covid-19

23-2-2022 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2174| Komen: 23

Ipoh: Ibrahim Mat Zin atau raja bomoh mendedahkan dia menerima jemputan daripada ahli politik semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya, bagaimanapun jemputan itu bukan untuk khidmatnya sebagai pengamal perubatan tradisional bagi membantu mereka menang PRN di negeri itu, sebaliknya untuk melakukan ritual ‘memagar’ negeri Johor daripada wabak Covid-19 semasa kempen PRN dijalankan.

Ibrahim mendakwa perkara sama pernah dilakukannya semasa PRN Melaka.


Foto: Utusan Online

“Sebilangan orang politik panggil saya datang untuk ‘memagar’ Johor daripada Covid-19.


“Saya selalu ikhtiar minta kepada Allah, Allah yang menentukan, bukan kita.

“Dulu saya buat (memagar) di PRN Melaka, saya buat, semua tak kena. Syukur kepada Allah. Hari ini buat di Johor. Jadi  saya ucap terima kasih kerana bagi sokongan pada saya,” katanya.

Ibrahim ditemui pemberita selepas prosiding kes siasatan beliau atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, dia sudah lima hari berada di Johor untuk melakukan ritual ‘memagar’ negeri itu daripada Covid-19 semasa kempen PRN.

Katanya, dia hanya balik ke Ipoh untuk prosiding kesnya hari ini.

“Saya doakan politik Johor semuanya baik, PRN semua baik, tiada halangan apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim menegaskan dia tidak menggunakan khidmat peguam untuk siasatan kes beliau mencela dan menghina agama Islam di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

“Saya tak pakai peguam, kenapa nak ada peguam? Kita pun boleh jadi peguam. 

“Hanya mereka yang tak tahu bercakap sahaja pakai peguam, saya boleh bercakap, buat apa buang duit untuk bayar peguam.

“Saya bukan kedekut, saya boleh bayar duit peguam tapi saya dari kecil sudah biasa dengan orang politik sampai sekarang, saya pun macam peguam juga,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 23-2-2022 01:17 PM
Sapalah ahli politik yg panggil dia tu..
Quote FOTHER-MUCKER 23-2-2022 01:19 PM
Baguslah sekurangnya ada juga insan yang percaya denga raja bomo Malaysia!
Quote atira 23-2-2022 01:19 PM
ceit.. elok la sekor2 ni dapat kobid omicron megatron voltron
Quote Siput_Sawah 23-2-2022 01:21 PM
kalau la dakwaan ini betul aku speechless!! oatk mana??
Quote pengecattaik 23-2-2022 02:18 PM
hahaha.. kalu kena dpt refund ke
Quote atira 23-2-2022 02:20 PM
throwback

Quote Adrif 23-2-2022 02:41 PM

uuuuu I need contexts

gambar sahih ni, sapa2 pun kenal gaya duduk bersimpuh tu
Quote atira 23-2-2022 03:02 PM
Adrif replied at 23-2-2022 02:41 PM
uuuuu I need contexts

gambar sahih ni, sapa2 pun kenal gaya duduk bersimpuh tu

gambar leak 2018.
mandrem pilihanraya kot
Quote atira 23-2-2022 03:05 PM
off topic jap

[twitter]https://twitter.com/IshamRais/status/1014420471993942016[/twitter]
Quote ketambangkang 23-2-2022 03:26 PM
menangis org2 WHO
Quote dua_chzy 23-2-2022 03:31 PM
Oleh itu tak perlu la nak heran mengapa negara ini mendapat para pemimpin seperti yang kau nampak dulu dan sekarang kan. Selayaknya.
Quote dua_chzy 23-2-2022 03:32 PM
Dok gelakkan Ndon, India, ujung2 rakyat negara kau pun sama caprut.
Quote TeropongThaico 23-2-2022 03:51 PM
Kenapa deols tak minta raja bomoh pagarkan negara je. Kalau tak aman2 dah kita dr dulu
Quote TeropongThaico 23-2-2022 03:52 PM
atira replied at 23-2-2022 02:20 PM
throwback

Sopannya. Sejuk hati memandang
Quote namr 23-2-2022 03:58 PM
Wakaka bahlolnya..otak penuh taik la tu
Quote Thunderclouds 23-2-2022 04:29 PM
Mopti mana mopti?
Quote Firenzza 23-2-2022 04:44 PM
Brp la politaik tu bayar dia? Aritu dia juga yg jd bomoh mh370 kan? Sampai terkenal seantero dunia cnn coverage
Quote Belibis 23-2-2022 05:22 PM
Sopan jer bersimpuh..elok kalau buat mentu.
Quote OyaTonggek 23-2-2022 07:11 PM

yg belakang awek bersimpuh malu tu, yg duduk atas kusi tu...semah ke?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.212026 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top