CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 15 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh, Kepala Tersangkut Pada Kain Buaian

23-2-2022 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5978| Komen: 64

Seremban: Kanak-kanak perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, di sini, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kanak-kanak terbabit ditidurkan di dalam bilik oleh pengasuh.

"Kanak-kanak itu diberikan susu sebelum ditidurkan kira-kira jam 12.30 tengah hari. Pengasuh berkenaan keluar dari bilik itu jam 2 petang untuk melakukan tugas lain.

"Pengasuh masuk semula ke bilik sejam kemudian dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian," katanya hari ini.


Gambar Hiasan, Foto: NSTP


Beliau berkata, pengasuh terus mengambil kanak-kanak itu daripada buaian dan melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi kanak-kanak itu gagal bernafas semula dan pengasuh terus membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan.

"Kanak-kanak itu sempat dirawat doktor, namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 petang," katanya.

Nanda berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badannya berada di dalam buaian.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, untuk bedah siasat bagi siasatan lanjut," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 23-2-2022 01:31 PM
takziah......
Quote ilahaz 23-2-2022 02:42 PM
Allahuakbar [em:9:]sedihnya
Quote Artemesiaa 23-2-2022 02:45 PM
Takziah buat keluarga mangsa
Quote zuraidah1 23-2-2022 02:50 PM
Lame nau g tgk budak tu sejam plak tu..aku seploh minit dok jenguk takut jadi apa2
Quote myakayina 23-2-2022 03:08 PM
Allahuakbar.. knp tidokan dlm bilik..better letak buai or gantung buai tu kat tempat yg senang nampak..
Quote SayaSayangMama 23-2-2022 03:12 PM
lantak la nenek nenek makck makcik nk kata apa mmg aku xpernah beli satu pun buai ke walker ke kt anak anak aku. 3 anak semua atas lantai saja bentang toto. buai apa semua tuxpernah ada apa apa research pun dgn tali pinggang xde. kampungs sgt design nya. skrg modern kan ada lektrik tu je. beli pun kt kedai basikal. xde sijil xde manual xde waranty ke gapo gapo... idokla teman.
Quote tukul 23-2-2022 03:23 PM
Nurseri pun pakai buaian ke... nursery anak2 i masa kecil dia orang ban kan buaian...dr sekecil 60hari hingga besar tido bawah... baby guna tilam yg besar sikit guna sleeping bed yg plastik tu...xtau panggil apa...dan penjaga takkan tinggalkan walaupun diarang tido mesti ada seorang yang tunggu jaga..monitor
Quote xtinkerbellx 23-2-2022 03:41 PM
Tinggal sejam?? Aku 5 minit pon da rasa lama terus
Quote dua_chzy 23-2-2022 03:50 PM
Buduh punya pengasuh.
Quote dua_chzy 23-2-2022 03:50 PM
xtinkerbellx replied at 23-2-2022 07:41 AM
Tinggal sejam?? Aku 5 minit pon da rasa lama terus

Ntah. Buduh betul. Mentang2 bukan anak dia.
Quote dua_chzy 23-2-2022 03:52 PM
Adakah pengasuh ini memenuhi kriteria penampilan tipikal pengasuh Melayu pembunuh dan pendera yakni gemuk dan bertudung?
Quote naina 23-2-2022 04:28 PM
Anak tuan Yusri ni..peguam bela anti diskriminasi. Banyak membantu penjawat awam dan swasta yang tertindas dek bos2 gila kuasa. Takziah..semoga Allah gantikan rezeki lebih baik.
Apo bondo lah tinggal baby dalam buaian sejam tanpa jenguk. Habis lah kau. Bapak budak ni peguam.
Quote Thunderclouds 23-2-2022 04:41 PM
Innalillahiwainna ilaihiroji'un. Takziah. Besa kalo bby ni tggal kt buai mcm tu kerap la p jenguk lagi2 kalo tggal dlm bilik. I ank yg tgh tdo nyenyak xbgn2 pn cepat2 pegang dada check bnapas ke dak budak ni tdo keras berjam2
Quote darkness 23-2-2022 04:51 PM
Sebenarnya nursery tak boleh ada buaian. Dah dilarang pun...aku sendiri tak pernah buai anak2 aku walau ramai yg cakap2 belakangkan aku. Yg menanggung bila ada kejadian sebegini adalah mak bapa tu sendiri. Salam takziah..
Quote hashashes 23-2-2022 05:12 PM
Bawak la g kecemasan terus. Klinik kesihatan kadang2 doc pun takde
Quote naina 23-2-2022 05:21 PM
darkness replied at 23-2-2022 04:51 PM
Sebenarnya nursery tak boleh ada buaian. Dah dilarang pun...aku sendiri tak pernah buai anak2 aku wa ...

Kenapa pula orang nak cakap2 belakang bila kita buai anak? Peliklaaaa. Aku pun tak buai dan tak pakai puting. Senang nak tido dimana2 hatta tepi air terjun pun. Kah3.
Quote Matyein 23-2-2022 05:22 PM
aduh...sedih betul la kalau dengar berita2 mcm ne
Quote kyrana 23-2-2022 05:24 PM
naina replied at 23-2-2022 04:28 PM
Anak tuan Yusri ni..peguam bela anti diskriminasi. Banyak membantu penjawat awam dan swasta yang ter ...

Tula anak YY ..kesian betul mcm mana pengasuh taska boleh tinggalkan baby sejam.

Baru abis postmortem, kejap lagi kebumikan.
Quote vespa_oren 23-2-2022 05:35 PM
dua2 anak aku tido buai,  suami isteri kerja memg kne pkai buai
cuma malam jelah xtido buai

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.067559 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top