CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salah Faham Pembeli Dan Penjual, Dah Terminum Susu Untuk Anak Kambing

23-2-2022 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1372| Komen: 10

Petaling Jaya – Salah faham berkenaan produk susu kambing antara seorang peniaga dan pelanggannya menjadi tular di media sosial.

Melalui perkongsian di Facebook Visit Melaka, difahamkan pelanggan lelaki tersebut menghubungi peniaga berkenaan untuk membeli susu kambing.

Bagaimanapun, peniaga itu yang tidak berada di rumah ketika itu hanya meminta pelanggannya mengambil sendiri susu kambing berkenaan di rumahnya.

Apa yang mengejutkan ialah apabila tidak lama kemudian, pelanggan berkenaan menghubungi semula peniaga itu untuk bertanyakan mengenai susu itu yang didapati dalam bentuk susu tepung, bukan susu segar.


Loading FB Post...


Lelaki berkenaan juga memaklumkan telah meminum segelas susu tersebut.

Terkejut dengan pertanyaan itu, peniaga tersebut memaklumkan bahawa dia tidak menjual susu kambing segar, sebaliknya hanya menjual susu untuk diberikan kepada anak kambing.

Sedar akan salah faham yang berlaku antara kedua-dua individu itu, peniaga berkenaan menawarkan untuk memulangkan semula duit pelanggan itu, tetapi tawaran tersebut ditolak.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan apa yang berlaku antara dua individu itu.


Foto: fundacionfaroccr.com

“Kelakarlah. Alhamdulillah orang yang dah minum susu untuk kambing tu sabar. Kalau tak, mahu disamannya tukang jual tu,” kata Uteh.

“Astarghfirullah. Sempat terminum tu. Aduh, gelak besar aku,” kata Zaidan.

“Apa-apa pun, tabik dengan mereka ini. Baik pembeli mahupun penjual, sama-sama minta maaf. Siap boleh gelak-gelak lagi, tak ada nak salahkan satu sama lain,” kata Insan Terpilih. – CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 23-2-2022 12:28 PM
1st aku baca td tergelak2 jugak. paling respek dua2 sempoi masing2 humble je. kalau dpt yg sejenis panas baran tu habis semua nk disalahkan nye
Quote elzy 23-2-2022 12:48 PM
Hahaha tergelak baca post ni semalam ni Fb.. Mujur pembeli cool
Quote bakingsoda 23-2-2022 01:10 PM
susu utk anak kambing tu sumber dr mana?
Quote babelina 23-2-2022 02:38 PM
hahaha.. Alhamdulilah dua2 muafakat.. klau x haru dibuatnya..
Quote babelina 23-2-2022 02:39 PM
hahaha.. Alhamdulilah dua2 muafakat.. klau x haru dibuatnya..
Quote Artemesiaa 23-2-2022 02:43 PM
Sebab tu penerangan jelas mengenai produk penting bila menjual dan yang membeli juga kena pastikan benda yang nak dibeli tu sama seperti yang diidamkan.
Quote Punat_button 23-2-2022 03:29 PM
Lenkali cakaplah nak susu suami

baru terang

Quote epal21 23-2-2022 03:37 PM
Artemesiaa replied at 23-2-2022 06:43 AM
Sebab tu penerangan jelas mengenai produk penting bila menjual dan yang membeli juga kena pastikan b ...

Betul tu, iklan kena jelas. Nak tahu juga macam mana iklan asalnya yg si pembeli boleh tersalah beli.
Quote Decaffeinated 23-2-2022 04:43 PM
epal21 replied at 23-2-2022 03:37 PM
Betul tu, iklan kena jelas. Nak tahu juga macam mana iklan asalnya yg si pembeli boleh tersalah be ...

dia sebut susu kambing lah. Ikut kebiasaan 'susu kambing' means susu dari kambing macam susu lembu, susu ibu, susu beruang etc.

patut kasi jelas 'susu untuk kambing'.


Quote seri_mawr 23-2-2022 05:21 PM
"ada mengembek sy jap lagi"  tang aku mengekek aku gelak...

sempoi brader tu reply tang site effect...hahhahaha

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051014 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top