Di Santiago, Chile ada kes besar dimana ribuan ekor ikan sardin dan bilis yang mati terdampar di pantai menimbulkan misteri untuk penduduk di kawasan itu.
Kosmo yang memetik laporan dari akhbar Metro UK melaporkan, ikan-ikan itu terdampar di pasir pantai Coliumo yang terletak di bandar Concepcion di wilayah Biobio, Chile.
Difahamkan, pegawai alam sekitar sedang melakukan penyiasatan tentang ikan-ikan yang terdampar di pantai itu, mereka juga sedang meneliti kualiti air di rantau tersebut jika ada perubahan yang tidak diingini kepada ikan-ikan tersebut. Di samping itu, gambar-gambar yang menunjukkan pantai itu bertukar kepada warna perak dengan sejumlah besar ikan yang mati di pasir pantai Coliumo. Operasi pembersihan untuk bersihkan pantai itu sedang dijalankan serta-merta. Turut dilaporkan bahawa ia bukan kali pertama perkara ini berlaku di Chile, insiden serupa pernah berlaku pada tahun lalu yang berpunca oksigen yang rendah di dalam air yang menyebabkan ikan-ikan itu pergi ke pantai. -CARI |
ADVERTISEMENT