CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Modal RM2,000, Ubah Iswara Jadi Trak Pikap

23-2-2022 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1418| Komen: 13

Petaling Jaya – Setiap orang mempunyai bakat dan kreativiti yang tersendiri dan mampu menghasilkan sesuatu di luar kemampuan orang lain.

Dengan bermodalkan RM2,000, seorang bapa telah berjaya mengubah suai Proton Iswara lamanya menjadi sebuah trak pikap yang unik.

Menerusi perkongsian seorang pengguna yang lebih mesra dikenali sebagai Fii, telah memuat naik satu video di YouTube dengan menceritakan perjalanan proses ubah suai kenderaan tersebut.

Menurut Fii, bapanya mula mendapatkan idea untuk membuat trak pikap sendiri apabila mengalami kesukaran membawa alatan pertukangannya bagi kegunaan kerja menukang.

Foto: Youtube


Jelasnya, projek mengubah suai kenderaan milik bapanya itu bermula pada bulan Disember tahun lepas dan memperuntukkan masa kira-kira sebulan untuk siap.

“Hasil kreativiti bapak aku.

“Sejak dia ada kerja menukang, dengan selamba dia potong kereta dia jadikan trak pikap.

“Buat badan kereta sebulan lebih juga ambil masa buat sendiri kat rumah dan senanglah dia nak angkat barang nanti,” kongsinya.

Tambahnya lagi, kos pengubahsuaian sangat murah kerana setiap komponen-kompenen yang digunakan oleh bapanya adalah daripada barangan terbuang.

Katanya, bapanya hanya merujuk video di YouTube dalam menghasilkan sebuah kenderaan baru serta mengaplikasikan bakatnya yang sedia ada kerana berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang membaik pulih kenderaan.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna lain turut kagum dengan hasil ciptaan bapanya itu.

“Wah, kemas, modal rendah dapat kereta mahal, memang berguna orang yang ada bakat seni dan kreatif macam ini,” kata Amirul Rosdi.

“Pak cik, ayah saya ada kereta lama yang tak diguna, boleh buatkan macam ini juga tak, senang nak beli barang banyak,” seloroh seorang pengguna. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 23-2-2022 01:32 PM
Valid ke jalan Kat jalan raya..
Dah banyak tempat nampak pikap iswara ,kancil .. lama dh org buat tapi
Tak viral ..depa guna buat angkat barang2 Kat jalan kg macam hasil pertanian,rumput lembu/ternakan etc
Quote Adrif 23-2-2022 03:34 PM
nak buat, tapi lepas JPJ dan PDRM tak?

ada kereta waja lama tersadai ni
Quote musangbodoh 23-2-2022 04:23 PM
Adrif replied at 23-2-2022 03:34 PM
nak buat, tapi lepas JPJ dan PDRM tak?

ada kereta waja lama tersadai ni

meh juai waja kt sy...
Quote Artemesiaa 23-2-2022 05:50 PM
Kancil pun ada dia orang buat inikan iswara
Quote Decaffeinated 23-2-2022 06:06 PM
Aku nak tukar my old horse jadi convertible boleh tolong?
Quote ultra78 23-2-2022 06:12 PM
Dulu ada Proton Arena
Quote Adrif 23-2-2022 06:14 PM

bukan kita punya, abang punyadia buat ulang alik kebun dia
kalau dapat buat belakang besar, boleh la letak tong racun bagai, luas sikit
Quote TeropongThaico 23-2-2022 06:24 PM
Legal ke tak ni. Kalau tak legal ramai dah yg buat. Dkt kg ada sorg buat angkut pisang dr kebun tapi tak pernah berani bawa atas jln biasa
Quote Jitu 23-2-2022 08:50 PM
Adrif replied at 23-2-2022 06:14 PM
bukan kita punya, abang punyadia buat ulang alik kebun dia
kalau dapat buat belakang besar, boleh  ...

sayang lah waja bt mcm tu
harga market mahal lg tu
mcm iswara takpe lah sbb dah tak laku
ke waja renault ni klu yg tu takpe lah sbb waja renault mmg tak laku takde org nak beli
Quote Jitu 23-2-2022 08:53 PM
TeropongThaico replied at 23-2-2022 06:24 PM
Legal ke tak ni. Kalau tak legal ramai dah yg buat. Dkt kg ada sorg buat angkut pisang dr kebun tapi ...

mmg tak lepas pun
sedang kan wira tukar engine dr 1.3 ke 1.8 pun tak lepas dah ni kan pulak dah habis potong
Quote doubleharmonic 23-2-2022 09:40 PM
kalau eksiden ke hapa boleh claim bagai ke tak nihh
Quote TeropongThaico 23-2-2022 09:52 PM
Jitu replied at 23-2-2022 08:53 PM
mmg tak lepas pun
sedang kan wira tukar engine dr 1.3 ke 1.8 pun tak lepas dah ni kan pulak dah h ...

Ingatkan legal sbb dgn bangga dia viralkan. Ingat dah boleh sbb ni 2nd time ai baca org viral bab ni. Tak ingat bila yg mula2 tu
Quote Supersirap 23-2-2022 10:04 PM
kreatif sungguh pakcik ni, hebat

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.260128 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top