CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Terbuai, Gondola Berpusing Akibat Angin Kencang Bikin Cemas

23-2-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1779| Komen: 10

Kuala Lumpur: Kejadian sebuah gondola bersama beberapa pekerja terbuai dan berpusing-pusing beberapa minit akibat angin kencang di luar sebuah bangunan pencakar langit di Jalan Kamuning di sini, hari ini, mencemaskan orang ramai.


Menerusi beberapa rakaman video kejadian itu yang tular, beberapa individu di dalam gondola itu dilihat cuba mengimbangkan diri dalam gondola yang berpusing-pusing dan turut menghentam struktur bangunan.

Kejadian itu jelas mendatangkan cemas kepada orang ramai yang melihat kejadian sebelum kedengaran suara perakam meminta pasukan bomba dihubungi untuk membantu mangsa.


Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menggerakkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 3.56 petang.


Bagaimanapun, sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, kejadian sudah selesai tanpa sebarang kejadian buruk berlaku.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Junain Bahau, berkata sebaik bomba tiba di lokasi, wakil pemaju tapak pembinaan memaklumkan mangsa yang tersangkut pada gondola itu berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri.



"Justeru, tiada tindakan menyelamat dilakukan oleh pihak bomba di lokasi kejadian dan kes dianggap selesai," katanya dalam kenyataan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 23-2-2022 12:03 PM
Takut betul tgk video ni..mujur masa diorg kluar tu gondola tu tak bergerak dah
Quote Herlina 23-2-2022 12:15 PM
Suruh org lain call bomba tapi diri sendiri sibuk merakam video
Quote Simunggu 23-2-2022 02:34 PM
tak  semene mene menganti cermin pecah...
Quote Artemesiaa 23-2-2022 02:38 PM
Mengerikan nasib semuanya selamat risiko bekerja macam tu
Quote Decaffeinated 23-2-2022 04:28 PM
Kenapa aku nampak satu ja gondola, tapi wartawan sebut ada dua.

Quote ninja boy 23-2-2022 05:04 PM
Edited by ninja boy at 23-2-2022 05:06 PM

Gondola lagi satu dlm pantulan cermin ajaib
Quote imanjannah 23-2-2022 05:11 PM
syukur alhamdulillah selamat, ngeri sungguh tgok video ni semalam
Quote Belibis 23-2-2022 09:26 PM
Decaffeinated: Kenapa aku nampak satu ja gond ...

Ohh..satu lagi tu bayangan gurauan kat cermin rupanya.a.
Quote Perawankota 24-2-2022 03:07 AM
Tempat keje  lama aku dulu, mcmnilah tapi cable putus masa tgk cuci tingkap, sorg jatuh dari tingkat 29 tak silap. Berdentum dgr, ingatkan kereta accident. Rupa2nya orang.. Hancur kepala..
Quote TomyamPuteh 24-2-2022 09:21 AM
Komen dlm FB.. Kalau dh tau nk angin kuat nape pegi jgk keja? Bodo btul. Mcm la kita tau apa yg nk jd.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.263671 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top