CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Tak Guna Lorong Khas, Penunggang Motor Langgar Kereta Sebelum Maut Digilis

23-2-2022 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2798| Komen: 23

Shah Alam – Tindakan seorang penunggang motosikal tidak menggunakan lorong khasnya mengundang padah apabila maut selepas terjatuh melanggar sebuah kereta sebelum mangsa dilanggar kenderaan lain di Kilometer 15.7 Lebuh Raya Persekutuan, semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y150 dari Kuala Lumpur menghala Klang tidak melalui lorong motosikal telah terlanggar bahagian kiri belakang sebuah kereta jenis Proton Iriz yang mengelak kenderaan hadapannya brek mengejut.

Tangkap layar seorang lelaki terjatuh selepas melanggar sebuah kereta hadapannya di Lebuh Raya Persekutuan.


Katanya, pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal tersebut terjatuh dan dilanggar sebuah kereta jenis Honda City yang datang dari arah belakang.

“Impak juga menyebabkan Honda City itu terbabas dan melanggar dua lagi kereta lain masing-masing jenis Mercedes dan Toyota Vios yang berada di hadapan.

“Toyota Vios yang dilanggar itu tertolak ke hadapan dan melanggar bahagian sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, penunggang motosikal yang cedera itu dibawa ke HTAR dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Manakala kelima-lima pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak ditalian 019-4475767,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 23-2-2022 11:57 AM
garang2 tau yg bawak motor kat federal hiway yg guna laluan kereta, pantang laluan dia terhalang, terus buat aksi2 samseng pastu pecut laju
Quote bondeh 23-2-2022 02:31 PM
Disebabkan sebuah motor, habis kereta2 lain berlanggar. Takziah. Penunggang motor adalah manusia terpaling betul & terpaling tersakiti di seluruh cakrawala...

Takziah sekali lagi.
Quote Artemesiaa 23-2-2022 03:19 PM
Mana2 haighway pun sama je ramai je yang berperangai macam tu suka menunggang di lorong laju lepas tu menyusahkan pengguna jalanraya yang lain
Quote AnBulisia 23-2-2022 03:23 PM
sementara itu youtuber indon....
apa??? speda motor kok bisa masuk ke jalan tol???
sambil acah acah muka terkejut
Quote shernazz 23-2-2022 04:14 PM
Cash lah
Haha...
Sama.cam.kesas neh
Tiber2 je nak.hon2
Masuk.laluan.moto la.siang2 ni..
Malam2 paham.la juga
Quote musangbodoh 23-2-2022 04:30 PM
takziah...muda lg tu..

tgk gambar kete tu main tukar lane je......
Quote eyansss 24-2-2022 02:05 AM
siapa pernah guna laluan motor federal ni je faham kenapa ramai motorist taknak guna terutamanya malam…
Quote eyansss 24-2-2022 02:05 AM
siapa pernah guna laluan motor federal ni je faham kenapa ramai motorist taknak guna terutamanya malam…
Quote anony-mous 24-2-2022 02:30 AM
bondeh replied at 23-2-2022 02:31 PM
Disebabkan sebuah motor, habis kereta2 lain berlanggar. Takziah. Penunggang motor adalah manusia ter ...

Dah la xboleh claim insurans motor tu
Quote sekngucing 24-2-2022 02:54 AM
aku heran motosikal bawa laju..kenapa
Quote ultra78 24-2-2022 07:02 AM
Semuanya akibat sebuah kereta brek mengejut
Quote zehra2 24-2-2022 07:19 AM
mmg kena lebih berhati2 drive bila ada dekat2 dgn yg menunggang motor. baik yg rempit ke apalagi yg  slow, beli brg2 dapur.. wife pegang kiri kanan.. kot tkde ruang nk motong, biar lah berderet kenderaan di blkg. mikirkn kot kita tk sabar, kot jatuh depa nanti, ntah2 anak2 berderet tunggu dirumah..
bapak aku ckp, kemalangan jadi sbb dua2 pihak tk nk tolak ansur. bila dah terjadi, tkde sapa yg menang pun.
Quote aHoi83 24-2-2022 07:30 AM
eyansss replied at 24-2-2022 02:05 AM
siapa pernah guna laluan motor federal ni je faham kenapa ramai motorist taknak guna terutamanya mal ...

Ye dedulu i ulang alik klang to UM mmg teruk jln motor ni selekoh 90 degree pun ade. Skrg lagi la dgn pembinaan mrt lagi. However motor2 ni patut dkt lane kiri di faderal lebih selamat. I tgk mmg selamba badak je depa dgn lajunya menyelit di lane kanan. Apapun innalillahiwainnailaihirajiun takziah buat keluarga
Quote n3ar 24-2-2022 08:49 AM
lane motorsikal ni orang cakap jer apsal tak guna la apa la.. mari tengok isu lane motorsikal yg rata2 orang sebut:

1. Bahaya waktu malam, ada kes rompak. ada terjadi dorang pasang dawai supaya penunggang yg lalu jatuh.

2. Takde pencahayaan yang cukup, gelap & suram jer..selain perompak, penunggang pun takut hantu.

3. Jalan tak elok, berlubang sana ini..kalau hujan berlopak, berlecak, pastu berketul2 batu, tanah tengah jalan.

4. Mengelirukan, elok2 jalan, tetiba ada lane ditutup letak kon, kena keluar ke jalan besar juga.. pastu dibuka balik kat depan,kena masuk balik..

5. Ada laluan yg tak boleh sampai ke destinasi kalau guna lane motorsikal..ntah ke mana2 jer dia bawa.... contoh lane motorsikal federal nak ke jalan klang lama.. kalau tak lalu lane motorsikal boleh tembus terus ke jalan klang lama...kalau lalu lane motorsikal ntah ke mana2 jer dia bawa lalu
Quote mejaputih 24-2-2022 08:56 AM
kesian juga kat arwah ni sbb mlm kan laluan motor gelap...pulak tu skrg ni mlm2 hujan...tp kalau boleh elakkan lalu kat lorong kanan...kete tu pun satu, sure tak jaga jarak tu sampai kena elak bila kete dpn brek mengejut sampai kena masuk lorong tengah... as driver kita kena expect bila2 masa kete dpn akan brek mengejut due to ada benda berlaku kat dpn dia...so jaga la jarak...pesanan utk iols juga.
Quote MissVixen 24-2-2022 09:05 AM
AnBulisia replied at 23-2-2022 03:23 PM
sementara itu youtuber indon....
apa??? speda motor kok bisa masuk ke jalan tol???
sambil acah acah  ...

Memang ler diorang terkejut sebab indon memang 100% tak bagi motor pakai highway. Laluan motor pun takde. Macet total teruk pun, motor wajib pakai jalan lama je. Malaysia ni tamak dan pemalas. Jalan lama upgrade jadi highway dan pengguna takde pilihan. Lepas tu sesak sebab banyak sangat susur keluar.
Quote exclusive_vvip 24-2-2022 09:09 AM
i tgk semalam bideo kat ig hmetro…tapi mata iols nampak mcm Iriz tu yg menonong nak tukar lane..rider moto tu x sempat elak..
Quote Lily_Elizabeth_ 24-2-2022 09:27 AM
Allah. Innalillihiwarouhjioun adik.
Semoga baik baik saja. Amin.
Quote tungkai 24-2-2022 09:42 AM
Yg owner dashcam ni pun bawak laju semacam aje. Federal highway ni manjang aje jem. Berani bawak laju2? Aku syak panik ingat nak pijak brake sekali terpijak accelerator.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.053952 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top