CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Bau Longkang, Dah Dekat Tiga Tahun Mayat Wanita Mereput Dalam Rumah

23-2-2022 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1526| Komen: 5

London – Mayat seorang wanita yang mereput di dalam rumahnya selama lebih dua tahun berjaya dikenal pasti oleh pihak polis, lapor akhbar The Sun UK.

Sheila Seleoane, 61, ditemui di atas sofa ruang tamu rumahnya selepas jiran-jiran lebih 50 kali mengadu mengenai bau aneh seperti daging membusuk dari kediaman tersebut.

Lalat juga kedengaran berdengung di rumah pangsa itu dan dilihat keluar dari tingkap selain ulat-ulat juga memasuki rumah lain, jelas penghuni lain di kawasan tersebut.


Foto: SWNS

Bagaimanapun, mereka diberitahu bahawa bau itu berpunca daripada masalah longkang dan tiada siapa mahu datang untuk menyiasat. Wanita itu juga dikatakan telah keluar daripada kediaman terbabit.


Seleoane ditemui pada Jumaat lalu apabila polis bertindak memecahkan pintu rumahnya di daerah Pechham, Selatan London. Dia dikatakan berhutang sewa beribu-ribu ringgit selain peti suratnya juga penuh.

Jiran Seleoane, Ayesha Smith menegaskan bahawa dia menghubungi persatuan perumahan itu sekurang-kurangnya 50 kali tetapi tiada tindakan sulsulan dilakukan.

Polis Metropolitan berkata bahawa kematian wanita terbabit dianggap sebagai tidak dapat dijelaskan tetapi tidak mencurigakan. Fail siasatan akan dibuka terhadap kes berkenaan. –CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 23-2-2022 11:04 AM
takda anak ke dia ni..kesian mati takde sapa ahli keluarga cri
Quote Decaffeinated 23-2-2022 11:05 AM
Check juga kot jumpa durian kat dapur
Quote ifanonline 23-2-2022 11:07 AM
kuat bau mayat ni...sebab tu jenazah perlu di tanam...
Quote slyfynx 23-2-2022 11:18 AM
Bagaimanapun, mereka diberitahu bahawa bau itu berpunca daripada masalah longkang dan tiada siapa mahu datang untuk menyiasat. Wanita itu juga dikatakan telah keluar daripada kediaman terbabit.


Bukan rumah pangsa ke?
Rasenye deme maksudkan pembentungan ni.
Quote musangbodoh 23-2-2022 11:40 AM
jiran yg bersangka baik aje nie bgs

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.253092 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top