CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Dari Tingkat 7 Kondo, Ratu Cantik Bunuh Diri

23-2-2022 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1636| Komen: 3

Seorang ratu cantik maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium tujuh tingkat di Miami, kata pihak berkuasa.

Dalam satu kejadian tragis pada 10 Februari lalu, Zoe Sozo Bethel, 27, yang juga Ratu Cantik Alabama (Miss Alabama) dilaporkan cuba membunuh diri.


Dia mengalami kecederaan parah sehingga koma, sebelum meninggal dunia pada 18 Februari.


Foto: Daily Star

Ahli keluarga Zoe mengumumkan berita kematiannya di media sosial dalam hantaran yang penuh emosi dan menyifatkan mendiang terlibat dalam 'kemalangan pada 10 Februari.'


"Pada waktu duka ini, hanya doa dipohon dan keluarga meminta agar privasi mereka dihormati.

"Ahli keluarga sangat menghargai semua kata-kata yang baik dan ucapan sayang untuk Zoe," tulis keluarganya.

Mereka bagaimanapun tidak menyatakan 'kemalangan' yang menimpa Zoe dalam perkongsian berkenaan.

Jurucakap Jabatan Polis Miami mengesahkan kepada Mail Online bahawa kejadian itu dianggap sebagai cubaan membunuh diri.

Untuk rekod, Zoe dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Alabama 2021. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 23-2-2022 12:19 PM
Ahli keluarga Zoe mengumumkan berita kematiannya di media sosial dalam hantaran yang penuh emosi dan menyifatkan mendiang terlibat dalam 'kemalangan pada 10 Februari.'
Quote Buritan 23-2-2022 09:49 PM
CARI-MRO: Ahli keluarga Zoe mengumumkan  ...


Dah jd ratu cantik.. munuh diri plk.. semikin bunuh diri.. kaya cantik munuh diri..
Quote hareeeesah 23-2-2022 11:01 PM
Macam case yg last month tu kan, miss mana tu..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.138077 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top