CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tempe Punya Pasal

23-2-2022 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1044| Komen: 6

Mogok pengusaha tauhu dan tempe di Pulau Jawa yang membantah kenaikan harga kacang soya memasuki hari kedua pada Selasa.

Pengerusi Persatuan Koperasi Pengeluar Tauhu dan Tempe Indonesia, Aip Syarifuddin berkata, harga itu kini didagangkan pada 11,000 rupiah Indonesia sekilogram berbanding 9,000 rupiah Indonesia pada Disember tahun lalu.

Aip yang dipetik media dalam talian sebagai berkata, harga itu naik hampir setiap hari.


Gambar hiasan

"Ahli kami mahu kerajaan campur tangan dan menstabilkan harganya untuk tiga bulan atau sekurang-kurangnya sebulan," katanya.


Mereka telah berusaha meneruskan pengeluaran, tetapi tetap gagal memperoleh keuntungan meskipun saiz tempe dikurangkan kepada antara 20 sentimeter dan 40 sentimeter untuk mengimbangi kenaikan harga kacang soya.

Tauhu dan tempe adalah sumber protein yang berpatutan dan makanan ruji untuk populasi besar di Pulau Jawa.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Indonesia berkata harga makanan berasaskan soya akan meningkat dalam beberapa bulan akan datang, sejajar dengan harga global berikutan pengeluaran rendah Brazil sebanyak 125 juta tan metrik pada Januari, daripada anggaran 140 juta tan metrik.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 23-2-2022 09:48 AM
Suka makan keropok tempe
Quote helle 23-2-2022 10:08 AM
Tempe sedap
Quote glump 23-2-2022 10:15 AM
Murah harga kacang soya Kat sana dari di negaraku
Quote xtinkerbellx 23-2-2022 03:52 PM
Hidup tempe
Quote ultra78 24-2-2022 02:00 AM
Aku mmg tak suka tempe dalam kuah lodeh. Ada orang yang terus campak tempe dalam kuah tapi benda tu masih mentah bila nak makan.
Quote ninja boy 24-2-2022 08:43 AM
Tempe serap minyak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.795332 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top