Seorang lelaki Turki didakwa menyiram rakan perempuannya yang sedang tidur dengan larutan asid kerana menolak godaan romantiknya sehingga menyebabkan mangsa buta dan melecur teruk, lapor akhbar Daily Mail, semalam.
Mehmet Yildiz, 30, menyerang Yasemin Uzuncelebi, 42, pada 5 Oktober tahun lalu yang sedang tidur di rumahnya di daerah Avcilar, Istanbul sehingga mangsa terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sebelum kejadian, Yildiz merancang untuk menutup injap air rumah dan mengosongkan air daripada jag dan ruang penyimpan lain supaya mangsa tidak dapat membasuh muka daripada larutan tersebut, demikian pendengaran kes oleh Mahkamah Tuki semalam.
Suspek memasuki rumah Uzuncelebi sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) menggunakan kunci yang diberikan kepadanya lalu menyimbah larutan campuran beberapa jenis cecair pada mangsa yang tidur. Mereka pernah berkawan sebelum kejadian berlaku tetapi hubungan menjadi keruh selepas mangsa menolak cinta Yildiz. Peguam Uzencelebi berkata, doktor menyifatkan kecederaan anak guamnya sebagai antara yang paling teruk pernah mereka lihat dan lima bulan kemudian, mangsa masih menggunakan alat bantuan hayat. Pejabat Ketua Pendakwa Raya pinggir bandar Kucukcekmece menggesa mahkamah supaya menjatuhkan hukuman antara 13 hingga 20 tahun ke atas tertuduh atas pertuduhan cubaan membunuh dengan prejudis berhubung serangan terbabit. Perbicaraan akan diteruskan terhadap kes tersebut. Sumber: Kosmo
|
Friska: Madu saya pernah ancam mau siram air keras (asid) ke wajah saya
babelina replied at 23-2-2022 09:29 AM
Allahuakhbar.. takutnya ada jantan mcm nie..
dulu aku kwn sorg mamat nie..seram juga.. kita anggap d ...
musangbodoh replied at 23-2-2022 02:07 PM
report polis bro...
jgn sesekali naik kete dgn saiko ( seiko ) nie kang jd kes mcm kt highway a ...
babelina replied at 23-2-2022 09:29 AM
Allahuakhbar.. takutnya ada jantan mcm nie..
dulu aku kwn sorg mamat nie..seram juga.. kita anggap d ...
green~tea replied at 23-2-2022 02:42 PM
Eh sebijik pengalaman kawan iolz.. adakah chuolz same person dgn kawan iolz
Hati2 la chuolz.. ...
babelina replied at 23-2-2022 02:34 PM
ye..mmg report polis dh pn.. alhamdulillah dh xde lg ngn dia..
babelina replied at 23-2-2022 09:29 AM
Allahuakhbar.. takutnya ada jantan mcm nie..
dulu aku kwn sorg mamat nie..seram juga.. kita anggap d ...
green~tea: Wow.. nama dia mehmet yildiz.. ...
green~tea replied at 23-2-2022 02:39 PM
Wow.. nama dia mehmet yildiz... teringat nama forumer @edayildiz
Chuolz turkish kah...
ADVERTISEMENT