CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bujang, Balu Semua Dia Sapu!' - Tembelang Doktor Palsu Kahwini 27 Wanita Pecah

23-2-2022 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1319| Komen: 2

Hanya bermodalkan kata-kata manis, seorang lelaki menyamar sebagai doktor berjaya memperdaya dan mengahwini sekurang-kurangnya 27 wanita di seluruh India, lapor Gulf Today.


Namun, tembelang lelaki berusia 67 tahun itu terbongkar selepas dia ditangkap beberapa minggu menjelang dua majlis perkahwinannya yang lain.


Kredit foto: Awoum

Semasa disoal siasat polis, Bibhu Prakash Swain mengaku menyamar sebagai doktor berusia 51 tahun dan kesemua mangsanya adalah terdiri daripada wanita bekerjaya seperti profesor, peguam, pegawai perubatan termasuk seorang pegawai separa tentera.

"Dia melakukannya hanya untuk mendapatkan wang dan keseronokan seksual," kata pegawai kanan polis, Sanjiv Satpathy.

Malah, sejarah panggilan telefon menunjukkan dia bercakap dengan sekitar 75 wanita dengan harapan untuk mengahwini mereka.

Satpathy dan pasukannya menangkap Swain baru-baru ini selepas berbulan-bulan menjejakinya.

Swain yang memiliki pelbagai identiti dipercayai merancang dua perkahwinan pada Februari dan Mac.

“Dia pandai meyakinkan mangsa dan hanya menyasarkan wanita bujang, balu atau janda dalam usia 40-an,” kata Satpathy.

Polis melancarkan siasatan ke atas Swain pada Mei 2021 selepas menerima aduan daripada salah seorang isterinya berusia 48 tahun yang mendapati dia sudah berkahwin dengan kira-kira tujuh wanita lain. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airisa 23-2-2022 09:37 AM
sepandai2 tupai melompat ...
Quote musangbodoh 23-2-2022 02:11 PM
airisa replied at 23-2-2022 09:37 AM
sepandai2 tupai melompat ...

akhirnya.....................

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.061335 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top