CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikepung Sekumpulan Wanita Kerana Hutang Kutu RM58,275.33

23-2-2022 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 954| Komen: 1

Seorang wanita bernama YY yang berusia 35 tahun dikepung oleh sekumpulan wanita di pusat kecergasan miliknya kerana mempunyai masalah berkenaan aktiviti wang kutu, lapor laman berita Suara.com. 


Wanita yang merupakan seorang penduduk dari daerah Jember, Jawa Timur itu dikatakan mempunyai tunggakan wang kutu online bernilai 200 juta rupiah (RM58,275.33).

Kumpulan wanita berkenaan bertindak mengepung pusat kecergasan di daerah Jenggawah itu supaya YY segera melangsaikan tunggakan tersebut.


Kredit foto: tvonenews.com

Perbuatan mereka mendapat tumpuan di media sosial Indonesia selepas ia dimuat naik oleh akaun Instagram bernama @media.jember. 


Menerusi muat naik tersebut, YY dikatakan tidak pernah membayar setelah menerima duit kutu. 

“Dia sertai kumpulan duit kutu dan dapat wang, tetapi tidak pernah membayar,’’ kata salah seorang ahli kumpulan tersebut, seperti dipetik oleh akaun @media.jember.

Setelah tindakan mereka tidak diendahkan, kumpulan wanita terbabit mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah Jenggawah untuk melaporkan perkara tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 23-2-2022 02:14 PM
x byr tu kutu babi nmnye

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.279513 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top