CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengamuk Kecut Bila Polis Datang Sampai Sembunyi Dalam Tangki Air

23-2-2022 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 902| Komen: 4

Gara-gara takut dengan kehadiran polis, seorang lelaki sanggup bersembunyi di dalam tangki air untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa dekat rumahnya di Jalan Rizab Tomi, Kampung Bukit Cherakah, Jeram di sini, petang semalam.


Lelaki terbabit disyaki mengalami masalah mental dikatakan mengamuk dalam rumah sebelum salah seorang ahli keluarga bertindak memanggil polis bagi memastikan keselamatan.



Bagaimanapun, sebaik sahaja polis tiba, lelaki berusia 29 tahun itu bertindak masuk ke dalam tangki air jenis keluli tahan karat untuk bersembunyi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan, pihaknya menerima panggilan daripada polis bagi membantu mengeluarkan lelaki itu dari tangki tersebut.


Menurutnya, bomba menerima panggilan pada pukul 6.12 petang sebelum enam pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota membuat size up dan mendapati seorang lelaki dewasa dipercayai suspek polis terjun ke dalam tangki air selepas dikejar polis.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan asalnya mengamuk dalam rumah sebelum kakaknya menghubungi polis. Namun sebaik sahaja mendengar siren polis, lelaki terbabit bertindak melarikan diri dan bersembunyi di dalam tangki air,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dielamatkan dan diserahkan kepada polis dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. 


Sumber: UTUSAN 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 23-2-2022 08:53 AM
Hahahahahahahaha..check urine sekali
Quote Hizert 23-2-2022 09:24 AM
Dalam mental2 dia. tahu jugak tu takut pulis.
Quote KamikuP 23-2-2022 10:37 AM
Kenapa dia bolen?
Quote bulalof 23-2-2022 10:57 AM
tangkap dan humban ke lopkap.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.112223 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top