CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang Motor Guna Lorong RFID, Tak Pasal-pasal Pemandu Kena Bayar Dua Kali

22-2-2022 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1431| Komen: 3

Tindakan seorang penunggang motosikal menggunakan laluan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya mengundang kemarahan pengguna lain.

Menerusi satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik ke laman Facebook memaparkan penunggang motosikal tersebut dilihat menunggu di tepi lorong RFID kerana tidak dapat melepasi palang tol berkenaan.


Tangkap layar seorang penunggang motosikal menggunakan lorong RFID sehingga menyusahkan pengguna yang lain

Kemudian, datang pemandu lain yang ingin menggunakan lorong sama sehingga terpaksa membuat transaksi sebanyak dua kali disebabkan sikap tidak bertanggungjawab penunggang motosikal terbabit.


Dalam pada itu, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya mengecam penunggang motosikal itu kerana tindakannya jelas menyusahkan pengguna lain.

“Kejadian ada bukti, buat laporan polis dan kalau saya berdepan dengan situasi seperti itu memang akan bunyikan ‘hon’ kuat-kuat ikut belakang motosikal tersebut,” ujar Shafinaz Arshad.

“Mungkin kali pertama guna laluan lebuh raya, sebab itu tak tahu bezakan mana laluan motosikal, mana laluan kereta,” komen Sari Normala.

“Patutnya pemandu itu tukar sahaja lorong lain, biar di mereput dekat situ, tunggu lama dekat depan palang, menyusahkan orang lain,” luah Syairul Ali. 


Sumber: KOSMO! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 23-2-2022 12:46 AM
Org mcm ni mmg tak guna. Otak letak lutut. Sibuk je ko nk lalu rfid apsal x pasang sticker sendiri
Quote copy_paste 23-2-2022 09:06 AM
xpernah kena mcm ni,kena beringat ni,kalau ade motor kena tunggu belakang dia
Quote kucingitam 23-2-2022 11:03 AM
pernah kena baru ni tapi dgn kereta, palang baru buka tiba ada kereta cucuk rapat...palang rfid lambat plak tutupnya..aku plak masa tu blur tgk apahal driver ni nak terberak ke nak cepat2.. kereta honda civic ke..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.036868 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top