CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Barang Lain Dulu Syarat Sebelum Beli Minyak Paket, Apa Kata Orang Perak?

22-2-2022 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 674| Komen: 0

Pekedai runcit di utara Perak didapati meletakkan syarat pembeli perlu membeli barangan lain terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk membeli minyak masak peket.


Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, perkara itu dikesan berlaku di sebuah kedai di sebuah kawasan perumahan di Taiping.


Gambar hiasan/Suara Perak

Menurutnya, berikutan itu, beliau telah menasihatkan pembeli terlibat membuat laporan rasmi kepada pihak pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri untuk siasatan.


“Orang ramai perlu membuat aduan kepada pihak KPDNHEP jika ada pekedai meletakkan syarat tertentu sebelum dibenarkan untuk minyak masak peket kepada pelanggan.

“KPDNHEP tidak boleh bertindak terhadap kes ini kalau tiada laporan rasmi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kelengkapan persekolahan dalam Program Back To School di Dewan Tanjung Piandang di sini semalam.

Abdul Yunus berkata, bekalan minyak masak peket mencukupi untuk pasaran negeri ini.

Menurutnya, kadang-kadang ada juga berlaku aduan kekurangan minyak masak peket di sesetengah kawasan.

“Ini kemungkinan disebabkan pengguna di kawasan berkenaan membuat pembelian panik menyebabkan stok bekalan di kedai tidak ada,” katanya.

Sebelum ini, akhbar ada melaporkan kes yang sama berlaku di Kedah apabila pemilik kedai menetapkan syarat pengguna perlu membeli barangan keperluan lain sebelum dibenarkan membeli minyak masak peket. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.048627 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top